PORT DICKSON: Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon.
Beliau berkata, terdapat lebih 200 produk pelancongan akan dipromosikan termasuk pelancongan pelaburan, perubatan serta pendidikan dan kesihatan sebagai usaha menarik pengunjung tempatan dan luar negara.
"Bagi produk pelancongan pelaburan, kita (Negeri Sembilan) boleh menjadi pengantara menarik pelabur asing dalam program Tahun Melabur Negeri Sembilan (Invest NS). Selain itu, bagi pelancongan perubatan, Malaysia merupakan antara negara menawarkan kos perubatan yang rendah berbanding negara lain seperti Hospital UCSI di sini yang menawarkan rawatan tradisional yang boleh dipromosikan kepada pelancong.
"Hari ini kita kumpulkan 40 ejen pelancongan Asia Barat untuk bekerjasama bagi menaikkan nama Negeri Sembilan dalam itinerari program pelancongan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ejen pelancongan dari Asia Barat, Rusia dan India.
Ejen pelancongan itu antaranya dari Tunisia, Oman, Bahrain, Kuwait, Iran, Arab Saudi, Rusia dan India berada di Port Dickson selama empat hari dalam program Global Inbound Tourism Networking anjuran Konsortium Pakatan Pelancongan Dalam Negeri (MITA).
Beliau berkata, kerjasama dengan pihak berkepentingan terus dipertingkat dengan memasukkan itinerari program ejen pelancongan terlibat.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MITA, Uzaidi Udanis berkata, terdapat perubahan trend kedatangan pelancong dari Asia Barat apabila lebih ramai generasi muda di negara berkenaan yang datang ke negeri ini berbanding generasi berusia.
"Jadi kita tawar dan promosikan aktiviti yang lebih mencabar di Port Dickson ini seperti kapal layar, kawasan paya bakau dan santuari penyu kepada mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024
![Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706611798_NicoleTanLeeKoon.jpg)
Nicole (dua dari kiri) berkata, kerjasama dengan pihak berkepentingan terus dipertingkat dengan memasukkan itinerari program ejen pelancongan terlibat. - Gambar Bernama
![Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719919577_TBAbRaufYusoh.jpg)
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
![Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716281553_ManivananGowin.jpg)
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
![Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716397986_TBRISHIUK.jpg)
Yang perlu anda tahu mengenai pilihan raya UK
Tumpuan antarabangsa kali ini kepada pilihan raya umum United Kingdom (UK) yang dijadualkan esok (4 Julai).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
![MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622646869_bas.jpg)
MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran
Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong.
![Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706611798_NicoleTanLeeKoon.jpg)
Negeri Sembilan sasar kedatangan lapan juta pelancong tahun ini
Negeri Sembilan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong ke negeri ini dengan mengatur lebih 50 acara pelancongan tahun ini.
![MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703071608_TBMintLeongHoonMin.jpg)
MITA bangunkan kempen pemasaran disesuaikan ikut rantau
Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) akan membangunkan kempen pemasaran inovatif yang disesuaikan dengan setiap rantau untuk menyerlahkan tawaran unik Malaysia.
![MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672741568_MiharaAviation.jpg)
MITA gesa kerajaan keluar SOP sebelum kemasukan pelancong China Isnin ini
Majlis Pelancongan Malaysia (MITA) menggesa kerajaan agar mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas sebelum kedatangan pelancong dari China bermula Isnin ini.
![Projek rintis di Langkawi bakal memberikan impak positif kepada penggiat pelancongan - MITA Projek rintis di Langkawi bakal memberikan impak positif kepada penggiat pelancongan - MITA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630649729_UzaidiUdanis.jpg)
Projek rintis di Langkawi bakal memberikan impak positif kepada penggiat pelancongan - MITA
Industri sektor pelancongan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung pelancongan
![Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621322669_UzaidiUdanis.jpg)
Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
![MITA mahu 'jual' Bagan Datuk ke peringkat antarabangsa - Uzaidi MITA mahu 'jual' Bagan Datuk ke peringkat antarabangsa - Uzaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/71513521536_UzaidiUdanis.jpg)
MITA mahu 'jual' Bagan Datuk ke peringkat antarabangsa - Uzaidi
Persatuan Pelancong Dalam Malaysia (MITA) melihat kemampuan destinasi pelancongan di Bagan Datuk sebagai tarikan pelancong ke dalam negara.
![Logo VMY2020: Paling penting mesejnya sangat jelas - Uzaidi Logo VMY2020: Paling penting mesejnya sangat jelas - Uzaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81517179742_VISITMALAYSIA.jpg)
Logo VMY2020: Paling penting mesejnya sangat jelas - Uzaidi
Logo Visit Malaysia Year 2020 (VMY2020) sudah memaparkan mesej yang sangat terang dan mempunyai elemen penting dalam pelancongan.