KAJANG: Masalah untuk mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa ada hubungan rapat dengan implementasi institusi tadbir urus dan pembangunan polisi awam.
Profesor Kehormat Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Mansor Mohd Noor berkata, faktor utama yang menyumbang ke arah situasi ini adalah wacana etno-agama yang dilaungkan oleh ahli politik di negara ini.
"Semakin rendah anda pergi semakin banyak parameter etno-agama digunakan. Ada masa semangat patriotisme sangat kuat, ada masa sangat teruk.
"Ini kerana ahli politik kita bermasalah, setiap kali kempen pilihan raya mereka sibuk berdebat tentang perbezaan dan bukan persamaan. Mereka jarang bahas konsep negara bangsa, lebih suka sapu bawah karpet dan bincang soal projek, siapa dapat tender dan sebagainya.
"Akhirnya kita tak berjaya selesaikan isu ini tapi bila nak dapat undi rakyat, mereka turun, cakap kita akan pertahan bangsa, agama dan budaya.
"Apabila sudah dapat jawatan, mereka jadi kapitalistik, materialistik, sesat sebagai pemimpin," katanya ketika muncul sebagai panel dalam program diskusi bertajuk Bangsa Malaysia Dari Perspektif Generasi Baharu anjuran Majlis Profesor Negara (MPN), pada Jumaat.
Sementara itu, Prof Madya Chin Yee Mun dari Pusat Kajian Polisi Tun Tan Cheng Lock, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berpendapat, untuk merealisasikan konsep negara bangsa, semua pihak perlu melihat kembali nilai dan aspek yang selama ini dipegang secara bersama oleh rakyat Malaysia, salah satunya adalah bahasa.
"Apa yang perlu diutamakan ialah bangsa Malaysia, kita bukan sahaja membentuk negara tetapi juga sebuah kumpulan etnik bernama Malaysia.
"Masalah kita ialah terlalu menekankan kepada etnik, yang membawa kepada persoalan berapa kawan Melayu saya ada, berapa ramai kawan Sikh.
"Apabila kesedaran sivik kita terlalu bersifat etnik, itu yang mewujudkan polarisasi yang ada sekarang," ujarnya.
Tambahnya, rakyat negara ini perlu sedar bahawa mereka terbabit secara langsung dalam pembinaan negara bangsa dan tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat, serta bertindak hanya dengan arahan pihak atasan.
Sebaliknya, pendekatan solidariti organik dari peringkat bawahan perlu diambil dengan cara memahami apakah itu bangsa Malaysia dan ke mana arah tujunya, sekali gus memastikan pembinaan negara bangsa yang lebih utuh.
Madiha Abdullah
Fri Sep 30 2022
Faktor utama yang menyumbang ke arah situasi ini adalah wacana etno-agama yang dilaungkan oleh ahli politik di negara ini. - Gambar hiasan BERNAMA
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
AWANI Ringkas: Rasionalisasi subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Menilai prestasi awal tahun dan prospek terkini pasaran
Apa yang menjadi keutamaan dan kebimbangan pasaran pada prestasi awal tahun serta jangkaan semasa? Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, mengupas berkenaan prestasi pasaran saham minggu ini dan unjuran masa terdekat.
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Januari 2025
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
Madani sebagai nilai, garis panduan bentuk negara bangsa - Ismail Yusop
Kerangka 'Madani' yang berteraskan enam komponen holistik dan saling berkait menjadi nilai penting untuk dihayati serta dijadikan garis panduan dalam pembentukan negara bangsa.
Negara bangsa: Fokus penyatuan, henti laung wacana etnik dan agama
Faktor utama yang menyumbang ke arah situasi ini adalah wacana etno-agama yang dilaungkan oleh ahli politik di negara ini.
Dalam kecelaruan politik, UMNO jangan tersasar haluan - Syed Ali
Institusi UMNO perlu dihormati sebagai pertubuhan politik yang kekal relevan memperjuangkan kepentingan rakyat.
Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?
Maka dengan kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa menjadikan secara idealistiknya setiap negara didiami oleh satu bangsa yang sama.
Ceritalah ASEAN: Apa yang mengikat negara-negara Asia?
Indonesia, walaupun merupakan negara orang Islam terbesar di dunia, tidak mengikat identiti nasionalnya dengan agama, tetapi ia merupakan projek pembinaan negara bangsa oleh Sukarno dan rakan-rakan.
Beri keutamaan kepada pengukuhan integrasi kaum - Kurup
Sebarang usaha untuk menyatupadukan rakyat negara ini haruslah memberi keutamaan kepada pengukuhan integrasi kaum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.
Rukun Negara perlu diajar di setiap peringkat institusi pendidikan - Rais Yatim
Rukun Negara perlu diajar di setiap peringkat institusi pendidikan agar ia dapat memupuk kembali nilai budi dan budaya masyarakat Malaysia.