SHAH ALAM: Nasib tiga beradik kehilangan ibu kandung akibat digilis lori tiga tan di Lebuhraya Sungai Besi mendapat perhatian Exco Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir Izham Hashim.
Izham yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Pandan Indah menziarahi keluarga mangsa di Flat Taman Bakti, Pandan Indah di sini pada Rabu.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga beradik itu masih bersekolah dan menetap bersama nenek mereka yang uzur sementara menunggu bapa mereka mendapat hak penjagaan di mahkamah.
“Insya-ALLAH, saya akan membantu keluarga ini mendapatkan rumah lebih selesa memandangkan bapa kandung mereka kini mempunyai keluarga lain dan berpendapatan rendah,” katanya di laman Facebook miliknya.
Dalam pada itu, Izham turut menyerahkan bantuan tunai dan barangan keperluan asas ketika kunjungan beliau kepada ahli keluarga mangsa terbabit bagi meringankan beban mereka sekeluarga.
“Semoga mereka dipermudahkan urusan, mendapat rahmat dari ALLAH SWT dan semoga roh ibu mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya lagi.
Pada 24 Januari, perjalanan pulang seorang ketua jururawat pergigian sebuah hospital swasta ke rumahnya berakhir dengan tragedi selepas dia maut digilis sebuah lori tiga tan di Lebuhraya Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Mangsa, Wan Nurfarahin Mohd Radzi dilaporkan terjatuh apabila motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah lori tiga tan sebelum digilis.
Media melaporkan, pemandu lori terbabit mendakwa tidak sedar telah melanggar dan menggilis mangsa dalam kejadian di Lebuhraya Sungai Besi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 04 2022
Izham (kanan) menziarahi tiga beradik di Flat Taman Bakti, Pandan Indah di sini pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Nasib tiga beradik kehilangan ibu kandung dapat perhatian
Ketiga-tiga beradik itu masih bersekolah dan menetap bersama nenek mereka yang uzur sementara menunggu bapa mereka mendapat hak penjagaan di mahkamah.