JOHOR BAHRU:Penderitaan yang dialami seorang pelajar kolej, Muhammad Israf Izzuddin Arbain,17, yang tidak boleh bergerak selepas menjadi mangsa kejadian langgar lari bulan lepas sehingga patah kaki kirinya, mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor pada Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Zaiton Ismail berkata JKM Johor akan menyalurkan bantuan yang bersesuaian dengan keperluan Muhammad Israf dan keluarga pelajar terbabit.
Beliau berkata antara bantuan yang boleh disediakan seperti menyediakan kos keperluan susu khas dan elaun kepada ibunya bagi menjaga pelajar itu yang kini hanya mampu terlantar di atas katil.
"JKM juga akan membantu membuat kad orang kurang upaya (OKU) yang dilihat tidak boleh bergerak dan mengalami kecederaan selepas kemalangan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar itu di Taman Cahaya Masai di sini semalam.
Kejadian langgar lari di Desa Rakyat di sini pada 3 Nov lepas itu mengakibatkan Muhammad Israf yang merupakan pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) patah kaki kiri, selain mengalami kecederaan serius pada tempurung kepala yang turut dipercayai menyebabkan dia hilang ingatan.
Difahamkan kos penjagaan bulanan Muhammad Israf menjangkau hampir RM2,000 bagi keperluan membeli susu khas, lampin pakai buang, dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 10 2020
Zaiton (dua dari kanan) dan Arbain Ramli melihat Muhammad Israf yang terlantar akibat kemalangan. -Sinar Harian
Trump pilih pencipta 'The Apprentice' Mark Burnett sebagai Utusan Khas ke UK
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencalonkan penerbit televisyen British Mark Burnett yang terkenal dengan rancangan "The Apprentice", sebagai utusan khas ke United Kingdom (UK).
Jambori Pengakap medan asah bakat, praktik nilai keamanan - Johari
Jambori Pengakap Malaysia merupakan medan bagi pemimpin muda mengasah bakat dan ilmu serta mempraktikkan nilai keamanan dalan kehidupan seharian.
Peniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol anak saudara teman wanita
Seorang peniaga kelapa mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang juga anak saudara teman wanitanya.
Indonesia umum pembubaran JI di Solo, bekas anggota angkat sumpah taat setia
Badan Nasional Anti-Keganasan (BNPT) Indonesia dan Pasukan Khusus 88 Anti-Pengganas (Densus 88) Polis mengadakan deklarasi pembubaran Jemaah Islamiyah (JI) di Solo, Jawa Tengah.
Serangan udara Israel sasar kediaman di tengah Gaza, 14 maut
Menurut petugas perubatan, serangan itu disasarkan ke atas dua kediaman di lokasi berkenaan, menyebabkan keseluruhan anggota keluarga yang tinggal di sana terbunuh atau cedera.
Pasca perang Syria: Kerajaan Syria lantik Murhaf Abu Qasra Menteri Pertahanan
Kerajaan baharu Syria telah melantik Murhaf Abu Qasra, tokoh utama dalam pemberontakan yang menggulingkan Bashar al-Assad, sebagai Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara, menurut sumber rasmi pada hari Sabtu.
Rempuhan pasar Krismas: Suspek didakwa dengan lima tuduhan membunuh
Suspek dalam serangan tragis di pasar Krismas yang mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 200 orang didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Peruntukan khas tersebut telah diluluskan dan akan disalurkan serta-merta kepada pertubuhan-pertubuhan kuil melalui Kementerian Kewangan.
Malaysia jadi transit dadah dari Thailand sebelum ke Australia, Eropah
Sindiket yang terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu di Thailand dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit utama untuk menyimpan bahan terlarang itu sebelum ia diseludup ke Australia dan Eropah.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Satu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang
Sebuah PPS dibuka di Balairaya MPKK Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil dekat sini malam tadi bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.
Nasib pelajar langgar lari dapat perhatian JKM Johor
Penderitaan yang dialami seorang pelajar kolej, Muhammad Israf Izzuddin Arbain,17, yang tidak boleh bergerak selepas menjadi mangsa kejadian langgar lari bulan lepas sehingga patah kaki kirinya.