KUALA LUMPUR: Premis nasi ayam claypot di Sri Petaling yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu disahkan tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jakim menerusi kenyataan di Facebook berkata, pengguna Muslim dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.
Menurutnya, pastikan premis yang dipilih merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada Pihak Berkuasa Berwibawa Pensijilan Halal Malaysia.
"Ketika ini ditularkan melalui media sosial berkenaan dengan status halal sebuah premis makanan di Sri Petaling yang didakwa menggunakan rice wine dalam masakan yang telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis tersebut.
"Berdasarkan kepada semakan melalui Portal Halal Malaysia, premis tersebut bukan pemegang SPHM yang sah dan pihak Jakim tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis tersebut," menurut kenyataan itu pada Sabtu.
Ujar kenyataan itu, pengguna boleh mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di https://www.halal.gov.my/v4/.
"Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
"Selain itu, pengguna boleh mengikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui Facebook Bahagian Pengurusan Halal, Jakim," katanya.
Sebelum ini tular di media sosial sebuah kedai nasi ayam claypot diusahakan pasangan suami isteri Muslim yang fasih berbahasa Mandarin didakwa menggunakan alkohol jenis rice wine dalam penyediaan makanan tersebut.
Premis tersebut dipercayai ditutup sementara susulan penularan isu tersebut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
Tular di media sosial sebuah kedai nasi ayam claypot diusahakan pasangan suami isteri didakwa menggunakan alkohol jenis rice wine dalam penyediaan makanan tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
'Gaza bukan milik Israel, Gaza milik Palestin' - Bekas PM Israel
Ehud Olmert tolak cadangan Donald Trump untuk "mengambil alih" Gaza.
Trump tandatangan perintah eksekutif kuasa sekatan terhadap ICC
Tindakan tersebut diambil susulan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, Ipoh dari 10 hingga 12 Februari ini.
Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.
55 rumah diroboh dalam operasi koloni setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam operasi perobohan koloni setinggan di Kota Kinabalu pada khamis bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
Penyeludupan tanaman hiasan bernilai rm1.25 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dari thailand apabila merampas sebuah lori yang membawa pelbagai jenis anak pokok bunga bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang pada Khamis.
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
Marcelo umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Anak Malaysia pemenang MasterChef UK Champion of The Champions
Ping memilih masakan terkenal Malaysia iaitu Nasi Ayam claypot dan ais kacang, kedua-duanya dengan versi tersendiri.