SEREMBAN: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Okt lepas.
Beliau berkata, Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.
"Individu itu masuk dan keluar dari Malaysia menggunakan pasport yang sama (Saint Kitts and Nevis) dan difahamkan dia telah memasuki Singapura dengan menggunakan pasport Israel.
"Dia juga tidak mempunyai kesalahan di bawah peraturan Imigresen sebab kelulusan untuk masuk di bawah pas pelancong boleh diberikan semasa ketibaannya yang menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 3P (Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan) anjuran Jabatan Penjara Malaysia.
Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin.
Khairul Dzaimee mengulas isu video yang tular di aplikasi TikTok berkenaan warga Israel itu yang teruja dapat memasuki negara ini.
"Sebenarnya, dia tidak menggunakan pasport Israel. Jika menggunakan pasport berkenaan sama sekali tidak dapat melepasi pintu masuk negara kita kerana diketahui Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.
Sementara itu, dalam Program 3P hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, program tersebut dikhususkan kepada penghuni warga asing yang layak ditempatkan di PRP untuk bekerja.
Katanya, hasil diterima daripada pekerjaan tersebut akan digunakan bagi menampung keperluan harian warga asing terbabit dan seterusnya untuk penghantaran pulang ke negara asal.
"Program ini telah diadakan secara rintis bagi 16 penghuni warga Indonesia bermula pada Julai lepas. Penghuni warga asing yang kini berada di penjara adalah berjumlah hampir 12,000.
"Bagi penghuni warga asing tersebut, mereka akan peroleh kemahiran dan seterusnya pendapatan yang boleh membantu mereka untuk pulang ke negara asal dengan lebih cepat tanpa melalui penempatan di Depoh Tahanan Imigresen," katanya.
Beliau berkata, sinergi ini memberi impak positif kepada semua pihak, antaranya dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara dan juga Depoh Tahanan Imigresen. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Okt lepas. - Gambar BERNAMA
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Kumpulan penentang Palestin, Hamas pada Ahad menyifatkan penubuhan sebuah pakatan melibatkan beberapa negara bagi menyelaraskan tindakan perundangan, diplomatik dan ekonomi terhadap pencabulan undang-
Anggota APMM disiasat dan direhatkan
Jelasnya, selepas beliau mengadakan pertemuan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mereka bersetuju agar anggota yang sedang disiasat akan direhatkan.
Siasatan menjurus kepada kes lebih serius
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan siasatan insiden tembakan membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, dekat Banting, Selangor pada 24 Januari lalu melibatkan siasatan penyeludupan dadah dan senjata.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
Dua lelaki didakwa bunuh warga emas dan anak angkat di Alor Setar
Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dalam kejadian kebakaran di Alor Setar yang dipercayai bermotifkan dendam.
Nas Daily guna pasport negara lain masuk ke Malaysia - Imigresen
Warga Israel, Nas Daily masuk ke Malaysia guna pasport Saint Kitts and Nevis iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.