“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah."
Sayu hatinya bila mengingati ungkapan itu seakan terpatri bahawa orang yang disayanginya itu akan pergi menemui Ilahi tidak lama lagi.
Bagi Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri mantan menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, ungkapan yang dibuat tiga hari sebelum suaminya meninggal dunia cukup menyentuh hatinya.
“Itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang meninggalkan saya buat selama-lamanya,” kata Tuan Sabariah.
Tuan Sabariah berkata demikian dalam satu temu bual bersama akhbar Sinar Harian sehari selepas ikon negeri Kelantan itu meninggal dunia.
Sesungguhnya pemergian suami yang telah berkongsi hidup dengannya selama 53 tahun itu pasti memberikan kesan mendalam buat Tuan Sabariah.
Menurut Tuan Sabariah, kata-kata itu diluahkan arwah ketika masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Kata-kata abang itu saya sambut dengan senyuman, sambil menggenggam tangan abang.
“Saya kata ‘Anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau.’
“Walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata,” cerita Tuan Sabariah sambil menyeka air matanya dan ditenangkan oleh sanak saudara.
Tuan Sabariah juga mengakui terlalu rindukan suaminya walaupun baru sehari arwah pergi menghadap Ilahi.
Astro Awani
Sun Feb 15 2015
Nik Aziz dan Tuan Sabariah ketika di Majlis Perkahwinan Perdana anjuran negeri Kelantan pada tahun 2010. -Foto Inksensei.wordpress.com
Situasi di Terengganu memburuk, ada yang terperangkap tanah runtuh
Wakil Astro AWANI, Nur Fazlizai Ali membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu termasuk tiga mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh.
Pelajar Malaysia raih anugerah terbaik dunia A-Level Cambridge
Seorang pelajar tajaan kerajaan Johor menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Dunia dalam peperiksaan A-Level Cambridge.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Kinohimitsu dan Watson lancar program kesedaran diabetes
Kinohimitsu dan Watsons Malaysia lancar inisiatif kesedaran diabetes sempena bulan kesedaran diabetes.
JKNNS kesan kes disyaki kencing tikus di pusat rekreasi Ulu Bendul
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengesan lapan kes disyaki leptospirosis atau kencing tikus di pusat rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah seperti tular di media sosial.
TDM sedia gerakkan tambahan anggota jika banjir semakin buruk
Tentera Darat Malaysia bersedia menambah kekuatan pegawai dan anggota dalam operasi menyelamat sekiranya bencana banjir di beberapa negeri bertambah buruk.
ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN anjur solat hajat dan doa selamat untuk Pantai TImur
Empat stesen radio Bahasa Melayu di bawah Astro Audio, menganjurkan Solat Hajat dan Doa Selamat bagi mendoakan kesejahteraan penduduk Malaysia yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
AWANI Borneo [28/11/2024] – Kurangkan kebergantungan beras import | Nilai rampasan RM15 juta | Monsun timur laut
AWANI Borneo Jumaat, 29 November 2024 bersama Nickyson Nyambar
Sarawak komited jadi jelapang padi baharu negara.
Fragmen haiwan eksotik termasuk kepala burung kenyalang bernilai RM15 juta dirampas.
Banjir kilat undang kesesakan lebuh raya di Brunei
Sarawak komited jadi jelapang padi baharu negara.
Fragmen haiwan eksotik termasuk kepala burung kenyalang bernilai RM15 juta dirampas.
Banjir kilat undang kesesakan lebuh raya di Brunei
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.
'Nanti abang tak dok, sapo nak jago Yah'
Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak mengimbau kembali perbualan dengan suaminya tiga hari sebelum Mursyidul Am Pas itu meninggal dunia.