KOTA KINABALU: Setiap pulau yang terdapat di Sabah mempunyai keunikan tersendiri yang boleh dipromosikan sebagai kekuatan untuk menarik kedatangan pelancong domestik ke pulau-pulau berkenaan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Sehubungan itu, beliau mahu keunikan tersebut diuar-uarkan kepada masyarakat tempatan bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong.
"Inilah masa untuk kita memberi pendidikan kepada orang kita sendiri mengenai khazanah (yang terdapat) di pulau-pulau yang ada di Sabah ini.
"MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) amat menggalakkan orang tempatan untuk datang ke pulau-pulau ini bagi menyaksikan sendiri khazanah kita selain menghargai usaha menjaga khazanah yang terdapat di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan "island hopping" ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan di Taman Tunku Abdul Rahman serta Pusat Penyelidikan Ekologi Marin (MERC) di Gayana Marine Resort, di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menterinya Datuk Guan Dee Koh Hui; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dan Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim.
Nancy berkata cara "seeing is believing" iaitu melihat sendiri sesebuah pulau itu adalah cara yang lebih mudah untuk mempromosikan kawasan berkenaan kepada pelancong.
Beliau berkata Pulau Manukan misalnya, mempunyai kawasan penetasan telur penyu, Pusat Pendidikan Marin dan kemudahan penginapan yang baik, mampu menarik pelancong datang ke pulau itu.
Di samping itu, MOTAC juga bersedia membantu untuk menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur kemudahan yang terdapat di Pulau Sapi untuk keselesaan pengunjung.
"Sementara MERC terdapat tempat pemuliharaan hidupan marin seperti kerang gergasi dan batu karang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 24 2021

Datuk Seri Nancy Shukri diiringi oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin (dua, kiri) ketika melawat ke Pulau Manukan yang terletak di kawasan Taman Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini. - BERNAMA

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita parah dihempap lantai restoran runtuh
Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sabah laksana pelbagai inisiatif tangani masalah bekalan air - Shahelmey
Ia termasuk pembinaan projek LRA Kasigui bagi meningkatkan bekalan air di Putatan serta sebahagian kawasan selatan Kota Kinabalu.

Keputusan rayuan akhir Peter Anthony diketahui esok
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 akan diketahui esok.

Mangsa banjir di Sabah kekal 350 orang pagi ini
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, enam kampung masih terjejas banjir di kawasan pedalaman itu.