Senarai calon Barisan Nasional (BN) dan apa jua perubahan yang perlu dilakukan bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Senarai calon adalah satu proses yang berterusan," kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan.
"(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.
Perdana Menteri juga berkata senarai calon BN akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan.
" ...di mana kita merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.
"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya.
Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, "Soalan lain... satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus."
Bernama
Fri Dec 21 2012

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Peranan saya bukan sebahagian daripada strategi, fokus sokong parti - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan.

PRU15: GRS akan sokong calon BN di Sabah - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi memaklumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong setiap calon yang bakal dikemukakan BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRN Sabah: Benar, saya akui saya khilaf - Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Tun Said kembali menggegarkan politik Sabah apabila dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk kerusi DUN Usukan.

Chini Memilih: Dulu seteru, kini semeja
Azmin hadir dalam program kempen Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Tasik Mentiga pada Jumaat.

Chini Memilih: PRK DUN Chini landasan kekuatan BN hadapi PRU - Najib
Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menjadi landasan kepada Barisan Nasional (BN) untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Chini Memilih: Saya harap Tun Mahathir turun berkempen, tetapi tidak - Najib
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjangkakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil

Chini Memilih: BN tidak ambil mudah calon lawan, perhebat kempen media sosial
Barisan Nasional (BN) akan terus memperhebatkan kempen media sosial secara meluas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini bagi memastikan pengundi memilih calon parti

Calon PRK Chini tidak lepas peluang bertemu pengundi
Kempen normal baharu menjadi cabaran utama setiap calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23.

Senarai calon tular: Terpulang hendak percaya atau tidak - Ahmad Razif
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan kepada orang ramai sama ada untuk mempercayai senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jangan 'tekan' PM Najib berhubung calon PRU14 - Syed Ali
Pemimpin UMNO dan komponen BN diingatkan tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemilihan calon PRU14 akan datang.