Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur atau ESSZONE di sepuluh kawasan di timur Sabah berkuatkuasa hari ini.
Najib berkata langkah tersebut diambil selepas menyedari kelemahan sesetengah kawasan yang mudah diceroboh oleh pendatang tanpa izin dan mereka yang tiada kerakyatan merupakan sebab utama pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
Zon tersebut akan merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,400 kilometer dari Kudat ke Tawau.
"Dengan penubuhan jawatankuasa ESSZONE, kerajaan sedang mengamalkan dasar holistik dan bukan satu pendekatan tentera semata-mata untuk melindungi timur Sabah dan mencari penyelesaian kepada isu pencerobohan," kata Najib dalam ucapannya di pusat latihan polis (Pulapol) bersempena peringatan Hari Polis ke-206.
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan penubuhan ESSZONE di Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013, kata Najib.
Kawasan tersebut merangkumi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. Pengumuman terbaru Najib merangkumi empat kawasan baru berbanding pengumuman beliau di Lahad Datu sebelum ini.
ESSZONE akan membentuk asas undang-undang untuk Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) berkuat-kuasa hari ini.
Najib juga berkata bahawa penubuhan ESSZONE bukanlah satu perisytiharan kecemasan.
Beliau berkata penubuhannya tidak akan menghalang pilihan raya diadakan atau penguatkuasaan peraturan dalam cara yang bebas, telus dan demokratik.
ESSZONE juga akan melindungi hak demokrasi dan proses demokrasi yang berkaitan dengan rakyat Sabah serta memperkukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kemakmuran di timur Sabah.
10 daerah ini akan ditadbir oleh jawatankuasa Zon Keselamatan Timur Sabah, yang ditubuhkan di bawah Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013, dan dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah, katanya.
Ketua menteri, sebagai pengerusi, akan dibantu oleh pegawai eksekutif dan ahli-ahli jawatankuasa itu akan diumumkan kemudian, katanya pada perarakan sempena Hari Polis ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bahawa kawasan-kawasan ini telah diberikan "keutamaan" untuk memastikan keselamatan dan perlindungan rakyat di timur Sabah.
Beliau berkata bahawa polis, salah satu daripada agensi yang terlibat, akan menambah penempatan kakitangan di kawasan-kawasan ini, di mana beberapa stesen ESSZONE sudah pun dibina.
"Tidak akan ada batasan pergerakan di kawasan-kawasan ini, lebih penekanan diberi ke atas keselamatan sekarang," katanya.
Khalid berkata pemantauan yang lebih ketat dilakukan keatas sempadan untuk memastikan bahawa tidak akan ada penyusupan dari unsur-unsur pengganas dari selatan Filipina.
Sejak 9 Feb, kira-kira 200 pengganas bersenjata mendarat di Lahad Datu.
Pertempuran pengganas dan pasukan keselamatan Malaysia telah menyebabkan 67 kematian di pihak pengganas manakala 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia terkorban.
Minggu lepas, lapan lelaki didakwa atas kesalahan berkaitan keganasan di Sabah.
Manakala lebih dari 300 lagi yang ditahan kerana mempunyai kaitan kepada pengganas Sulu.
Astro Awani
Mon Mar 25 2013
![Najib umum ESSZONE berkuatkuasa hari ini Najib umum ESSZONE berkuatkuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/61364213218_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662629555_EsssCom.jpg)
Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN
Perintah berkurung dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan di Sabah dijenamakan semula sebagai ESS ZONE Sabah.
![Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51639047058_IdrisAbdullah.jpg)
Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu yang berakhir esok, kini dilanjutkan sehingga 9 Februari depan.
![Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628822771_ESSCOMkempenkibar.jpg)
Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan
Pengagihan Jalur Gemilang itu bukan sahaja kepada petugas di pos kawalan, malah kepada masyarakat awam yang melalui kawasan berkenaan.
![Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616503855_EsssCom.jpg)
Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan dilanjutkan selama 14 hari.
![Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605421220_TBHazaniGhazali.jpg)
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
![Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616503855_EsssCom.jpg)
Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal
Polis mengesan cubaan masuk anasir yang mengancam keselamatan negara termasuk pergerakan pengganas ke kawasan perairan Sabah.
![Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613903886_TBMilitan.jpg)
Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom
Pada bulan Januari, ESSCom mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di ESSZone termasuk lima nama baharu.
![KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579171592_HamidBador.jpg)
KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.
![Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531637195_ESSZONE.jpg)
Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
![Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526724364_SeludupTongGas.jpg)
Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.