Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi yang melanda Bandar Tainan di Taiwan, awal pagi tadi.
"Saya menerima berita mengenai kejadian gempa bumi di Taiwan yang berlaku pagi tadi. Takziah kepada keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terjejas," kata Najib dalam catatan terbaru Twitter dan Facebook beliau.
Beliau berkata Kementerian akan teruskan pemantauan dan memberikan maklumat sewajarnya meskipun setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.
Beliau menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Taiwan agar sentiasa berkomunikasi dengan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan dan mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan pihak berkuasa di sana.
"Sekiranya anda mempunyai kecemasan, ada keluarga atau kenalan di Taiwan, boleh hubungi Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei di talian +886227132626 untuk maklumat lanjut," katanya.
Wisma Putra dalam kenyataan mengesahkan bahawa setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian gempa bumi itu.
Kenyataan itu menyebut terdapat pelajar dan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan gempa bumi, bagaimanapun semua institusi pengajian tinggi dan sekolah kini sedang bercuti musim sejuk dan hanya akan kembali dibuka pada 15 Feb ini.
Menurut Wisma Putra, kebanyakan pelajar Malaysia di kawasan kejadian sedang bercuti atau menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia.
Gempa berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Taiwan pada 3.57 pagi tadi, kira-kira 28km timur laut wilayah Pingtung.
Media antarabangsa melaporkan setakat ini, sekurang-kurangnya 11 mangsa terkorban termasuk seorang bayi perempuan berusia 10 hari, sementara 35 orang lagi dikhuatiri terperangkap.
Bernama
Sat Feb 06 2016

NAJIB: Saya menerima berita mengenai kejadian gempa bumi di Taiwan yang berlaku pagi tadi. Takziah kepada keluarga dan kenalan mangsa-mangsa yang terjejas. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Gempa bumi Taiwan: 41 masih belum ditemukan di Taman Negara Taroko
Empat puluh satu orang yang berada di Taman Negara Taroko masih lagi belum ditemukan dalam tempoh lebih 29 jam selepas gempa bumi.

Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.

Gempa bumi Turkiye: Angka korban kini mencecah 43,556
Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Feb kini meningkat kepada 43,556 nyawa, kata Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu pada Rabu.

Gempa Turkiye: Pakar perubatan Malaysia tersentuh pengorbanan dihargai
Dr Anhar Kamarudin berkata, segala penat lelah hilang apabila pengorbanan yang dilakukan mendapat penghargaan.

Gempa Syria: Dua hari berturut-turut tarik keluar lima jasad ahli keluarga
Hassan Al Ali memberitahu, dua hari berturut-turut dia hanya mampu melihat jasad tanpa nyawa ahli keluarganya ditarik keluar.

Gempa bumi magnitud 6.4 cederakan hampir 40 orang di Filipina
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda utara Filipina lewat malam Selasa mencederakan sekurang-kurangnya 36 orang dan merosakkan bangunan, kata tentera pada Rabu.

Kerajaan usaha lancarkan urusan bawa pulang jasad mangsa gempa Lombok
Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan bahawa ada dua mangsa yang maut telah kita kenal pasti dalam kes gempa di Lombok.

Usaha Eira Syazira gembirakan mangsa gempa dapat pujian netizen
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Eira telah memuat naik video untuk tatapan pengikutnya.

Biro Kebajikan UMNO tinjau mangsa Aceh pada Jumaat
Biro Kebajikan UMNO akan menghantar pasukan ke Aceh pada Jumaat bagi meninjau dengan lebih dekat lokasi bencana sebelum bantuan selanjutnya disalurkan kepada mangsa terlibat.

Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib
Tentera Nasional Indonesia (TNI) gerakkan anggota dan aset untuk bantu mangsa gempa, termasuk membawa masuk pakar perubatan dan pegawai kesihatan.