Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Razak tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam SRC International Sdn Bhd semasa mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) yang membincangkan pinjaman syarikat itu.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan, Tan Sri Mazidah Abdul Majid berkata berdasarkan catitan mesyuarat bagi membincangkan memorandum bertajuk "Jaminan Kerajaan Sehingga RM2 bilion Untuk Pinjaman Oleh SRC International Sdn Bhd" tiada anggota Jemaah Menteri (JM) yang meminta Najib meninggalkan MJM ketika atau sebelum memorandum dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Mazidah berkata MJM itu bertarikh 8 Feb 2012.
Najib merupakan penasihat emeritus SRC.
Bagaimanapun, beliau berkata, Najib telah meninggalkan MJM pada 23 Nov 2012 sewaktu mesyuarat membincangkan memorandum melibatkan CIMB Bank Berhad.
Pada ketika itu adik Najib iaitu Datuk Seri Nazir adalah pengerusi CIMB Group Holdings Bhd.
"Adalah menjadi amalan untuk ahli-ahli Jemaah Menteri mengisytiharkan kepentingan mereka jika ada, dalam perkara yang dibincangkan dalam MJM, dan ahli JM itu perlu meninggalkan mesyuarat semasa perkara tersebut dibincangkan.
"Tindakan meninggalkan mesyuarat tersebut akan dicatitkan dalam minit MJM. Juga dicatitkan dalam minit MJM, bila ahli JM tersebut menyertai kembali mesyuarat setelah JM selesai membincangkan dan membuat keputusan ke atas perkara tersebut," katanya yang membacakan penyataan saksinya pada hari ke-27 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuhan tuduhan berhubung dana SRC berjumlah RM42 juta.
BACA: Perbicaraan SRC: Letak jawatan atau digugurkan jika enggan patuh nasihat Najib - Saksi
Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, saksi pendakwaan ke-40 itu berkata pernah beberapa kali anggota JM mengisytiharkan kepentingan mereka dan meninggalkan mesyuarat.
"Sebagai contoh, sewaktu MJM pada 26 April 2017, Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin, ketika itu telah meninggalkan mesyuarat semasa memorandum daripada Perdana Menteri dibentangkan.
"Sewaktu MJM pada 14 Dis 2016, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah meninggalkan mesyuarat semasa memorandum daripada Perdana Menteri dibentangkan. Datuk Seri Najib Abdul Razak juga pernah meninggalkan mesyuarat, berdasarkan rekod bahagian Kabinet.
"Beliau telah meninggalkan mesyuarat sewaktu MJM pada 23 Nov 2012 sewaktu mesyuarat membincangkan memorandum melibatkan CIMB Bank Berhad," katanya.
Kepada soalan lanjutan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan sama ada amalan anggota JM untuk mengisytiharkan kepentingan terkandung dalam Kod Etika Anggota Pentadbiran dan anggotai Parlimen, Mazidah berkata: "Ya".
"Pada 1997 atau 1998 Kabinet meluluskan Kod Etika untuk anggota pentadbiran dan Kod Etika itu mengkehendaki apabila anda mempunyai konflik kepentingan dalam perkara yang dibincangkan, anda perlu meninggalkan mesyuarat dan perlu dicatatkan dalam minit mesyuarat," kata Mazidah.
Mazidah, 70, berkata Kod Etika itu dipinda oleh Kabinet pada 2013 tetapi tidak menjejaskan perkara berhubung amalan mengenai konflik kepentingan.
Semasa disoal balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengenai sama ada beliau mempunyai salinan Kod Etika itu, Mazidah menjawab: "Saya tidak memilikinya sekarang" dan bersetuju dengan peguam itu bahawa kod berkenaan bukan rahsia rasmi.
Muhammad Shafee: Boleh membawa salinan Kod Etika itu?
Mazidah: Ya
Muhammad Shafee: Kamu menyatakan dalam penyataan saksi kamu bahawa Khairy Jamaludin meninggalkan mesyuarat selepas mengisytiharkan konflik kepentingan. Boleh kamu ingat kenapa?
Mazidah: Saya rasa salah seorang saudaranya dalam syarikat itu disebut dalam mesyuarat.
Muhammad Shafee: Saya rasa mengenai ECM Libra (syarikat)
Mazidah: Saya tidak ingat.
Semasa Muhammad Shafee meminta beliau mengemukakan minit mesyuarat Jemaah Menteri, Mazidah berkata beliau tidak mempunyai dokumen itu dan menjelaskan dokumen berkenaan diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Muhammad Izzat berkataan pendakwaan akan berhujah mengenai sama ada minit mesyuarat itu boleh dikemukakan esok.
Mengenai kenyataan beliau bahawa Najib tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam MJM, saksi itu berkata biasanya, menteri itu sendiri akan memaklumkan MJM bahawa beliau mempunyai kepentingan dalam perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu atau sekretariat akan memaklumkan menteri.
Mazidah berkata sekiranya beliau tahu Najib adalah penasihat emeritus SRC, beliau akan memaklumkan mengenai kemungkinan konflik kepentingan dengan Jabatan Peguam Negara.
"Setahu saya, pada masa itu, kami tidak mengetahui Datuk Seri Najib adalah penasihat emeritus SRC," katanya.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2019
![Najib tidak isytihar kepentingan dalam SRC masa mesyuarat jemaah menteri - Saksi Najib tidak isytihar kepentingan dalam SRC masa mesyuarat jemaah menteri - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560861580_TBMAZIDAHMAHKAMAH.jpg)
Mazidah ketika tiba di pekarangan mahkamah bagi menghadiri prosiding perbicaraan kes Najib membabitkan dana SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Najib tidak isytihar kepentingan dalam SRC masa mesyuarat jemaah menteri - Saksi Najib tidak isytihar kepentingan dalam SRC masa mesyuarat jemaah menteri - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71560861580_TBMAZIDAHMAHKAMAH.jpg)
Najib tidak isytihar kepentingan dalam SRC masa mesyuarat jemaah menteri - Saksi
Mazidah berkata, berdasarkan catitan mesyuarat, tiada anggota Jemaah Menteri (JM) yang meminta Najib meninggalkan MJM ketika atau sebelum memorandum dibincangkan dalam mesyuarat itu.