Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati semangat Nuzul al-Quran serta bersatu dalam menegakkan agenda ummah.
Perdana Menteri dalam perutusan Nuzul Al-Quran yang akan disambut esok turut mengajak umat Islam berstrategi dengan matang dan berhikmah agar tanggungjawab menjaga agama Islam di bumi bertuah ini dilaksana dengan sempurna.
"Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, yang mana hanya dengan izinNya, kita masih lagi dapat bersama dengan rahmat Ramadan al-Mubarak, seterusnya pada tarikh 17 Ramadan ini, kita dapat meraikan peristiwa agung Nuzul al-Quran.
"Saya mendoakan agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada Ramadan yang mulia ini, Allah SWT menyatukan hati kita semua. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT jua," kata Najib dalam laman Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata Nuzul al-Quran yang merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan telah mengubah dan membina peradaban ummah.
Najib berkata al-Quran bukan sahaja dipaparkan indah kaligrafinya, dialunkan dengan merdu lenggok bacaannya, malah merupakan satu mukjizat yang terus kekal mendampingi umat Islam untuk diambil petunjuk dan hidayahnya yang terus relevan sepanjang zaman.
"Sudah tentu Nuzul al-Quran bukan sekadar satu nostalgia sirah buat kita semua, bahkan penurunan al-Quran ini merupakan satu titik mula transformasi insani daripada kegelapan jahiliah kepada indahnya sinar cahaya Islam," katanya.
Perdana Menteri berkata al-Quran sememangnya adalah panduan abadi lagi hakiki buat insan sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah melalui ayat dua surah al-Baqarah: "Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa."
Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden dan progresif, sentiasa berusaha untuk membawa kemajuan dan kemakmuran pada tahap yang terbaik, tanpa mengabaikan didikan kerohanian sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran.
"Kita amat percaya bahawa hanya dengan mempunyai warga yang mampu berdaya saing dan berkualiti, barulah impian kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan menjadi kenyataan," katanya.
Bernama
Mon Jul 14 2014

Al-Quran merupakan satu mukjizat yang terus kekal mendampingi umat Islam untuk diambil petunjuk dan hidayahnya yang terus relevan sepanjang zaman.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.