Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menyertai 10,000 peserta program berbasikal di ibu negara 'KL Car Free Morning' edisi kelima dalam usaha mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida di pusat bandar raya.
Perdana Menteri yang pertama kali menyertai program itu kelihatan lengkap berpakaian sukan berwarna merah ala-ala seorang penunggang basikal profesional selain memakai topi keledar dan berbasikal sejauh kira-kira tiga kilometer di kawasan berdekatan KLCC.
Program dua jam itu bermula pukul 7 pagi dari KLCC ke sekitar kawasan berdekatan membabitkan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.
Selain berbasikal, peserta turut menikmati program 'KL Car Free Morning' dengan berkasut roda dan bermain papan luncur selain berjoging bersama kawan dan anggota keluarga tanpa hiruk piruk kenderaan di kawasan tumpuan kesesakan jalan raya ini.
Perdana Menteri selesai berbasikal pukul 8.10 pagi dan beramah mesra dengan peserta tempatan dan asing sebelum meninggalkan majlis.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya sedia menimbang untuk menganjurkan program itu dua kali sebulan jika ada permintaan daripada warga kota supaya ia diadakan lebih kerap berbanding hanya pada Ahad minggu pertama setiap bulan sekarang.
"Kami sentiasa bersedia kalau penduduk KL nak dua bulan sekali untuk mereka nikmati persekitaran yang bersih," katanya.
Beliau berkata penduduk kota metropolitan ini kini dilihat semakin memilih gaya hidup sihat apabila jumlah peserta KL Car Free Morning kian bertambah daripada 2,000 orang pada edisi pertama Januari lalu, Februari (2,500), Mac (5,000), April (7,000) dan kini meningkat kepada 10,000 orang.
"Ia merupakan satu pengiktirafan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggalakkan gaya hidup sihat selain membolehkan orang ramai meluangkan masa secara berkualiti bersama keluarga.
"Untuk itu, DBKL setuju menyumbang sebanyak 400 basikal kepada 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Kuala Lumpur bagi menggalakkan lagi mereka berbasikal yang mana kita jangka setiap NGO akan dapat lima unit basikal," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana KL Car Free Morning Datuk Naim Mohamad berkata program itu dijalankan bagi mewujudkan suasana persekitaran yang sihat selain mengeratkan hubungan pelbagai lapisan masyarakat di bandar raya ini.
"Kami berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini yang mana terdapat peningkatan dari 2,000 ke 10,000 pengunjung kini.
"Jika lebih ramai akan terlibat kelak dan penyertaan yang lagi meriah dari hari ini, kita berharap ia dapat diadakan seminggu sekali berbanding sebulan sekali," katanya.
Sementara itu, seorang kakitangan Kedutaan Belanda, Anne de Graaf berkata program ini tidak asing bagi mereka kerana aktiviti berbasikal adalah rutin harian di negara mereka.
"Kami sangat gembira menyertai program ini dan kami memang menyukainya. Kami berasa seperti berada di tempat sendiri malah kami berbasikal pada waktu malam di beberapa lokasi di sini," katanya sambil menambah pihaknya menaja empat basikal untuk tetamu kehormat program itu.
Bernama
Sun May 04 2014
Pendakwaan kes palsu pasport Britain ditangguh
Pendakwaan terhadap seorang warga Syria yang terlibat dalam kes pemalsuan pasport Britain ditangguhkan kepada 5 Disember ini selepas lelaki berkenaan tidak memahami bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Abai fardu kifayah punca negara Islam tak jadi kuasa besar
Pengabaian umat Islam terhadap tanggungjawab fardu kifayah menjadi punca ketiadaan kuasa besar di kalangan negara-negara Islam yang mampu menakutkan musuh.
Doktor dituduh rakam punggung wanita
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
[TERKINI] Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan ICC terhadap Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Pemain Industri mahu terlibat sama dalam penggubalan yang telus
Pemain industri gig di Malaysia mengeesa penangguhan RUU Pekerja Gig untuk memastikan definisi pekerja gig diperhalusi, peraturan yang seimbang, serta proses yang lebih telus dan inklusif.
Polis kesan orang hilang dari hospital
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seseorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 november lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, beliau tersebut kali terakhir dilihat keluar dari Wad Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur pada jam 5:03 pagi.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kes buli UPNM: Suspek mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai but spike
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI Ringkas: JPS beri amaran paras sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Najib sertai 10,000 peserta program berbasikal 'KL Car Free Morning'
Program dua jam itu bermula pukul 7 pagi dari KLCC ke sekitar kawasan berdekatan membabitkan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee, Jalan Raja Laut, dan beberapa jalan lain.