Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia' untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014, mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Video muzik selama lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi hingga kepada kepelbagaian budaya negara dan lain-lain, disifatkan Najib sebagai berjaya membuatkan beliau merasai suatu keindahan luar biasa yang mempesonakan.
"Bila saya menonton video ini...saya diingatkan bagaimana bertuahnya kita hidup dalam sebuah negara yang begitu indah seperti Malaysia," katanya dalam catatan terbaharu Facebook dan akaun Twitter beliau.
Najib turut membuat pautan video muzik tersebut.
Cuba rasai sendiri nikmat keindahan luar biasa yang mempesonakan ini, katanya.
Video muzik itu baru-baru ini memenangi pingat gangsa pada Annual Telly Awards ke-35 dan sebelum itu video berkenaan juga memenangi anugerah khas Kempen Kesedaran Awam di Deauville Green Awards International Film Festival ke-3 bagi pembangunan dan ekologi mapan, dan pada Golden City Gate Tourism Media Awards 2014, ia menang untuk kategori 'Country'.
Runut bunyi dalam video muzik itu yang merupakan versi diperbaharui daripada lagu popular "Malaysia Truly Asia", dinyanyikan oleh Yuna.
Lagu itu diberikan nafas baharu bila dinyanyikan oleh penyanyi popular ini, dengan bantuan studio audio tempatan Two AM Music Studios dan dirakamkan di studio berprestij Chalice Recording Studio di Los Angeles.
Bernama
Wed Jul 02 2014
Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia', mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Najib puji video muzik Tourism Malaysia 'Essence Of Asia'
Video muzik rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia', mendapat pujian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.