Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku, yang menggabungkan konsep 1Malaysia dan inisiatif Negaraku, yang melambangkan simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.
Pada majlis pelancaran di Perdana Putra di sini yang dihadiri menteri-menteri Kabinet, beliau berkata penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinomim dengan kedua-dua konsep berkenaan.
"Maka, kita bersetuju untuk menggabungkan kedua-dua simbol menjadi satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan konsep 1Malaysia dan juga tidak memberi tumpuan kepada konsep 'Negaraku' seolah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi.
"Dengan ini, 1Malaysia akan terus kita perjuangkan laungannya. Kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu 1Malaysia Negaraku," katanya.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Najib berkata konsep 1Malaysia yang dilancarkan pada Jun 2009 telah diterima sebagai satu pendekatan, falsafah dan konsep yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata 1Malaysia melambangkan hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaan, kebersatuan dan kerjasama serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain
"1Malaysia bukan sahaja satu konsep dan wahana tetapi ia juga diasaskan kepada nilai-nilai utama dan sampingan yang boleh dijadikan sebagai asas dalam proses membina sebuah negara bangsa," katanya.
Najib berkata perjalanan untuk mencapai perpaduan jitu dan kukuh mengambil masa dan perlu merentasi pelbagai cabaran dan rintangan namun berbekalkan nilai-nilai asas yang ada kaitan dengan konsep 1Malaysia, maka boleh dilihat Malaysia mampu bergerak ke arah matlamat diidamkan.
Beliau berkata konsep 1Malaysia adalah berlainan dengan konsep diperkenalkan sebelum ini kerana ia dikaitkan dengan produk dan program yang menggunakan nama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia dan juga Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Mengenai inisiatif Negaraku yang dilancarkan pada Mac tahun ini, Najib berkata ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat.
"Apabila kita sebut Negaraku, kita dapat sambutan yang hangat sebab ia menjadi begitu spontan, sebut sahaja Negaraku, rakyat akan sahut Malaysia," katanya.
Najib berkata ikon baharu itu akan diguna pakai menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
"Saya yakin ia akan diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia khususnya dengan kemeriahan, keseronokan dan pencapaian Sukan SEA 2017. Saya percaya ia akan menyemarakkan semangat kita," katanya.
Najib melahirkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Lim Kok Wing dan Limkokwing University of Creative Technology yang bekerjasama menghasilkan ikon berkenaan.
Ikon itu menggabungkan ikon '1Malaysia' dan 'Negaraku' sedia ada dengan angka '1' pada ikon '1Malaysia' dililit bendera Jalur Gemilang yang juga tertera perkataan 'Negaraku' di bawahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017

Tiga pelajar (dari kiri) Theeban Mahendran, Siti Hasreena Rosli dan Yvonne Lee Hui Yi bersama ikon 1Malaysia Negaraku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.

KR1M 2.0: Jual barangan berjenama tetapi harga bawah pasaran - PM
Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menampilkan konsep yang berbeza.

Najib lancar ikon 1Malaysia Negaraku
Penjenamaan semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinomim dengan kedua-dua konsep berkenaan.

Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.

Malaysia akan terus hantar pelajar ke Jepun dan Korea - PM Najib
Malaysia telah menghantar banyak pelajarnya ke Jepun dan Korea Selatan, dan akan terus berbuat demikian, serta ke hampir seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

UTC model realisasi slogan 1Malaysia - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan model realisasi slogan '1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pelihara penyatuan rakyat atas semangat 1Malaysia - Muhyiddin
Sejarah kegemilangan penyatuan rakyat di bawah sebuah negara bernama Malaysia mesti terus dipelihara dan diteruskan atas semangat 1Malaysia.

Majlis Konsultasi Negara dilancar bagi pupuk perpaduan
MKPN yang dianggotai 30 panel terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli akademik, ahli politik, pegawai-pegawai kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan aktivis.

KPDNKK sedia pertimbang cadangan KR1M hanya untuk rakyat tempatan
Ia kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.

Sidang Parlimen:Tiada lagi permit teksi tambahan
Kerajaan telah pun memberikan 1000 permit individu melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) 24 Mac yang lalu.