Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan 12 projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang yang kesemuanya bernilai RM1.64 bilion.
Dua belas projek itu adalah pembinaan blok klinik pakar dan wad bersalin Hospital Pulau Pinang (HPP), pembinaan blok wanita dan kanak-kanak HPP, pembinaan kuarters HPP, menaik taraf HPP fasa II, menaik taraf perkhidmatan transplan HPP termasuk pemindahan sum sum tulang jenis allogeneik dan pembinaan Kolej Jururawat Kepala Batas di Bertam.
Projek lain adalah menaik taraf sistem pendingin hawa berpusat di dewan bedah dan sistem elektrik Hospital Bukit Mertajam, pembinaan Klinik Kesihatan Bandar Perda, menaik taraf Hospital Seberang Jaya, pembinaan blok bertingkat Hospital Seberang Jaya, pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Air Putih di daerah Barat Daya dan menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar Hospital Balik Pulau.
Najib berkata 12 projek itu adalah insiatif berterusan oleh kerajaan Persekutuan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri itu.
"Memang benar, kita bagi macam-macam untuk Pulau Pinang. Dalam tempoh masa lima tahun ini, kita telah bagi RM4 bilion untuk Pulau Pinang. Kita tak abaikan Pulau Pinang. Kita akan teruskan projek ini dan hari ini kita lancarkan 12 projek," katanya semasa berucap pada majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.
Beliau berkata pelancaran projek-projek itu juga adalah bukti Barisan Nasional (BN) menunaikan setiap janjinya dan memberi jaminan untuk melaksanakan lebih banyak projek pembangunan di negeri ini sekiranya BN berjaya menang di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Hari ini saya akan terus bangunkan Balik Pulau. Hat besaq-besaq (projek yang lebih besar) ini tunggu kita menang dulu. Kalau hangpa nak (projek) besar bagi (BN) menang dulu Pulau Pinang ini. Hangpa kena bagi (BN) menang dulu," katanya.
Najib berkata hanya BN yang mampu memberikan masa depan lebih terjamin dan ia terbukti berdasarkan rekod cemerlang parti itu dalam mentadbir dan membangunkan negara.
Beliau berkata BN akan menambah intipati dalam manifestonya pada PRU14 dengan memasukkan pemansuhan bayaran tol untuk penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya berjaya merampas semula negeri itu daripada DAP.
Najib berkata BN adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menjaga kesejahteraan rakyat dengan telah menunaikan 99.4 peratus daripada janji-janji dalam manifestonya lima tahun lepas.
Najib berkata kerajaan DAP Pulau Pinang sebaliknya gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sepanjang tempoh 10 tahun memerintah negeri itu.
"Apa gunanya cakap tapi tak ditunaikan. Cakap memang senang. Tapi bila kita cakap, keluarkan sesuatu janji, BN tepati janji," kata beliau.
Najib turut menyelar kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwa meluluskan 39 projek lereng bukit sepanjang memerintah negeri itu berbanding kerajaan BN sebelum ini yang hanya meluluskan empat projek lereng bukit.
Beliau berkata rakyat perlu meletakkan harapan kepada BN jika inginkan masa depan yang terjamin dan maju, dan bukannya kepada pembangkang yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengeluarkan kenyataan berbeza dan tidak bertanggungjawab.
"Bolehkah kita nak harap pada orang umur 93 tahun. Hari ini cakap lain, esok cakap lain...saya tengok dalam video baru-baru ini dia duduk di tengah, sebelah kanan Mat (Mohamad) Sabu dan kiri (Datuk Seri Dr) Wan Azizah Wan Ismail dan dia boleh cakap dia tak tangkap siapa pun," kata beliau.
Najib berkata kenyataan Mahathir itu tidak betul kerana realitinya bekas perdana menteri itu pernah menangkap Mat Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan suami Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"(Dia) selamba kata saya tak tangkap sesiapa. Takkan sampai begitu, bertanggungjawablah...jangan tipu," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan 22 ambulans baharu untuk fasiliti kesihatan di Pulau Pinang dan meluluskan RM10 juta untuk pembinaan jejantas di Kampung Seronok, Bayan Lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 12 2018
Datuk Seri Najib menandatangani satu daripada 12 plak projek Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang pada Majlis Balik Pulau Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau hari ini. - Foto Bernama
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
Balik Pulau jadi 'syurga' durian dengan lebih 30 variasi
Balik Pulau sememangnya terkenal sebagai syurga durian dalam kalangan penggemar raja buah itu.
Tiada unsur jenayah, tersedut asap punca kematian tiga beranak - Polis
Kematian tiga beranak dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau semalam tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
Seorang maut, van bawa pelancong Singapura jatuh cerun di Balik Pulau
Sebuah van persiaran yang membawa sekumpulan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam dari Bukit Genting.
Video tular: Wanita cedera parah ditimpa buah kelapa
Seorang wanita cedera parah selepas sebiji buah kelapa tiba-tiba jatuh lalu menimpanya ketika dia yang sedang membonceng motosikal bersama anaknya.
Jalan di Balik Pulau dilencongkan atasi kesesakan ketika musim durian
Ia berikutan peningkatan kenderaan yang masuk ke daerah itu kerana musim durian dan cuti sekolah ketika ini.
Tanah runtuh berhampiran Pusat Falak Sheikh Tahir
Ekoran itu, bangunan Pusat Falak Sheikh Tahir di Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau tidak selamat diduduki buat sementara waktu.
Seorang lagi suspek pecah masuk rumah Datuk Bandar MBPP ditahan
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi di kawasan Balik Pulau.
Ingkar kuarantin: Lelaki gelang putih didenda RM2,500
Majistret, Khalijah Mohd Khalid menjatuhkan hukuman itu selepas S. Ramesh Kumar, 42, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
Durian dilelong pada harga murah
Peniaga di Jitra, Kedah ambil keputusan jual durian pada harga RM6 hingga RM10 sekilogram.