Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengemukakan cadangannya mengenai syarat bagi penyelesaian di luar mahkamah dalam saman fitnah beliau terhadap Harakahdaily berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam beliau Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita hari ini bahawa cadangan penyelesaian di luar mahkamah itu dikemukakan kepada Harakahdaily pada 4 Julai.
Beliau berkata bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan bagi satu lagi kes berhubung perkara itu kerana peguam yang mewakili Harakahdaily, alat sebaran PAS, memerlukan masa untuk mendapatkan arahan daripada klien mereka berhubung syarat berkenaan.
Hafarizam tidak menyatakan syarat itu.
Perkara mengenai pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif di dalam kamarnya hari ini bagi membolehkan pihak terbabit memaklumkan kepada hakim tentang hasil cadangan untuk menyelesaikan kes berkenaan.
Peguam-peguam Datuk Takiyuddin Hassan dan Wan Rohimi Wan Daud hadir bagi pihak Harakahdaily.
Perdana menteri menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berhubung sebuah artikel berunsur fitnah yang ditulis Rosli yang disiarkan Harakahdaily pada 19 Feb 2015.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa artikel itu menggambarkan bahawa beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan itu berniat mencemarkan nama baiknya.
Beliau mendakwa Taufek tidak mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mendapatkan pengesahan tentang ketepatan kandungan tulisan Rosli sebelum Harakahdaily menyiarkannya.
Pada 15 Jun lepas, Najib memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan sementara pendengaran saman fitnahnya terhadap Harakahdaily sementara menunggu keputusan dua rayuan beliau.
Rayuan itu ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib pada 7 April lepas untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Satu lagi rayuan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib pada 23 Mei lepas supaya saman itu diputuskan mengikut undang-undang tanpa perlu mengadakan perbicaraan penuh.
Bernama
Mon Jul 11 2016
![Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Harakahdaily Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Harakahdaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457067625_PeguamUMNO.jpg)
Hafarizam berkata, mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai tarikh pengurusan bagi satu lagi kes berhubung perkara itu kerana peguam yang mewakili Harakahdaily memerlukan masa untuk mendapatkan arahan daripada klien mereka. - Gambar fail
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Najib tarik balik saman terhadap Harakah, Harakahdaily Najib tarik balik saman terhadap Harakah, Harakahdaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526978294_NajibRazak.jpg)
Najib tarik balik saman terhadap Harakah, Harakahdaily
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah yang difailkannya terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.
![Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan PM Najib Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/71474026691_DSNajibRazak.jpg)
Harakahdaily tolak penyelesaian saman fitnah dengan PM Najib
Pengarah urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily Taufek Yahya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.
![Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Harakahdaily Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Harakahdaily](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457067625_PeguamUMNO.jpg)
Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah Harakahdaily
Peguam beliau Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita hari ini bahawa cadangan penyelesaian di luar mahkamah itu dikemukakan kepada Harakahdaily pada 4 Julai.
![Pengurusan kes saman Najib terhadap Harakah 26 Jun Pengurusan kes saman Najib terhadap Harakah 26 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407923272_295x200.jpg)
Pengurusan kes saman Najib terhadap Harakah 26 Jun
Kes ini berkaitan penerbitan artikel pada 19 Feb 2015 bertajuk 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bhg 2)'.
![1MDB: Harakah, Harakahdaily diperintah fail pernyataan pembelaan 1MDB: Harakah, Harakahdaily diperintah fail pernyataan pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41359974190_295x200.jpg)
1MDB: Harakah, Harakahdaily diperintah fail pernyataan pembelaan
Harakah dan Harakahdaily perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman yang difailkan Najib Razak berhubung isu dana 1MDB.
![1MDB: Najib saman Harakah, Harakahdaily, kerana fitnah 1MDB: Najib saman Harakah, Harakahdaily, kerana fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/41422359189_295x200.jpg)
1MDB: Najib saman Harakah, Harakahdaily, kerana fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.