Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi ke Rantau, dan kali ini beliau menjelaskan mengenai isu melibatkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa membeli berlian merah jambu.
Jelasnya, penjelasan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah bahawa isterinya tidak membeli berlian itu membuktikan Rosmah menjadi mangsa fitnah.
“Semalam kita dengar pasal VVIP, batu cincin merah jambu selama ini difitnahkan tidak dibeli oleh sesiapa. Terbukti, tetapi semasa pilihan raya ini tubuh badan dan isteri jadi mangsa,” katanya semasa Program Santai Bersama Bossku di sini pada malam Selasa.
Malah katanya, pihaknya sudah memaklumkan bahawa ada resit masuk dan keluar Kastam yang membuktikan Rosmah tidak membuat pembelian.
BACA: Rosmah nafi beli barang kemas daripada syarikat Lubnan
Tambah beliau, semasa barangan berharga itu sampai di rumahnya, Rosmah hanya tengok dan hantar semula kepada penjualnya.
“Dia percaya Tony Pua, dia kata isteri saya beli berlian berjuta-juta. Padahal dia tidak tahu, Rosmah tengok sahaja dalam pameran, dia ke Singapura dan ke Hong Kong.
"Dia kebetulan duduk di rumah tinggal dua minggu dan benda tu sampai. Rosmah tengok dan dia hantar balik. Rosmah tak tahu pun,” jelas beliau lagi.
BACA: Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu
Najib juga mengakui ramai yang percaya dengan dakwaan berkenaan dan tidak kurang pula yang tampil memohon maaf apabila menyedari perkara itu tidak benar.
“Namun, ramai orang percaya sebab apabila cerita itu keluar dalam Facebook saya tengok berderet-deret orang minta maaf.
"Ada yang kata saya tak percaya tapi kawan-kawan saya percaya. Jadi mangsa fitnah. Dahsyat,” tambahnya.
BACA: SPRM siasat semua kes termasuk cincin Rosmah - Abu Kassim
Rahimah Abdullah
Tue Apr 09 2019

Najib berkata, semasa barangan berharga itu sampai di rumahnya, Rosmah hanya tengok dan hantar semula kepada penjualnya. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jho Low diarah lucut pembelian berlian untuk ibunya
Barang kemas berkenaan didapati dibeli menggunakan dana berbilion dolar yang diseleweng daripada 1MDB.

Kemelut selesai, Vida bagi Aishah pilih sendiri barang kemas idaman
Vida memaklumkan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan.

Berlian biru terbesar ditemukan di Gaborone
Berlian yang diberi nama Okavango Blue itu mempunyai mempunyai berat 20.46 karat dan berjaya menduduki tangga teratas dalam sejarah penemuan berlian biru sepanjang zaman.

Jangan nafi fakta berlian merah jambu dibayar guna wang 1MDB - Rafizi
Ada pihak yang memang tidak mahu menerima hakikat bahawa rompakan memang berlaku, kata Rafizi.

'Minta maaf pada rakyat kerana termakan fitnah terhadap saya' - Rosmah
Tidak apa, yang mustahak adalah meminta maaf kepada rakyat oleh kerana mereka percayakan fitnah yang disebarkan terhadap saya.

Najib jawab dakwaan Rosmah beli berlian merah jambu
Jelasnya, penjelasan Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah bahawa isterinya tidak membeli berlian itu membuktikan Rosmah menjadi mangsa fitnah.

Isteri VVIP tak beli berlian merah jambu
Ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barang kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Firma guaman tarik diri daripada wakili 1MDB dalam saman libatkan Rosmah
Firma guaman itu, Tan Hock Chuan Co telah memohon untuk menarik diri daripada mewakili syarikat itu kerana mereka tidak mendapat arahan daripada 1MDB.

Berlian Farnese yang penting dalam sejarah Eropah akhirnya dilelong
Pada awalnya, ia diberikan kepada Elisabeth Farnese, iaitu anak perempuan Duke of Parma pada tahun 1715 ketika dia mengahwini Philip V dari Sepanyol.

Harga beg tangan macam harga rumah?
Harga beg tangan jenama Hermes Birkin berwarna putih setanding dengan harga sebuah rumah di United Kingdom.