Najib hadir ke pejabat AMLA PDRM untuk kali kedua

Astro Awani
Ogos 30, 2018 15:48 MYT
Bagaimanapun tinjauan Astro AWANI di menara terbabit tidak menemui kelibat Najib.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ke hadir memberi keterangan kepada Unit Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia untuk kali kedua di Menara 238, Jalan Tun Razak, di sini
Menurut sumber, beliau tiba di pejabat AMLA sekitar pukul 10 pagi.
Bagaimanapun tinjauan Astro AWANI di menara terbabit tidak menemui kelibat Najib.
Beliau dipercayai masuk ke pejabat AMLA menerusi ruang tempat letak kereta.
Najib pada Isnin lalu tampil memberi keterangan selama sejam kepada polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Najib didakwa atas tiga tuduhan mengubah wang haram mengikut AMLA 2001 selain empat tuduhan pindaan lain berkaitan dana berjumlah RM42 juta dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, yang ditemui dalam akaun peribadinya.
#AMLA #bekas perdana menteri #Jalan Tun Razak #Najib Razak #PDRM
;