Najib ditahan, ini doa Rafizi...

Ashwad Ismail
Julai 3, 2018 10:24 MYT
Rafizi berdoa agar maruah dan air muka bekas perdana menteri itu dijaga sepanjang proses penahanan ini - Foto fail
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap pihak berkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi layanan baik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Melalui tweetnya, Rafizi yang kuat mengkritik kepincangan pentadbiran Najib sebelum ini berdoa agar maruah dan air muka bekas perdana menteri itu dijaga sepanjang proses penahanan ini.

Berita tersebar @NajibRazak ditahan @SPRMMalaysia Saya antara orang yg banyak kritik beliau. Ttp saya berdoa beliau dilayan baik sbg seorg bekas PM, dijaga maruah dan air muka. Saya berdoa beliau dan keluarga diberi keadilan sebaik-baiknya. Itulah perjuangan reformasi.

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok
BACA: Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam ini, apa yang boleh dijangka esok?
#1MDB #AMLA #Najib ditahan #Rafizi #Rosmah Mansor #SPRM #SPRM tangkap Najib #SRC International