Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tiga tuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tommy Thomas untuk melepas tanpa membebaskan Najib.
"Pendakwa Raya mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan atau menolak untuk mendakwa pada mana-mana peringkat perbicaraan. Berdasarkan permohonan Pendakwa Raya, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga pertuduhan tambahan," kata hakim.
Pada 28 Jan, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM47 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Thomas memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan berhasrat untuk tidak meneruskan tiga pertubuhan itu terhadap Najib di Mahkamah Tinggi dan memohon perintah dilepaskan tanpa dibebaskan.
"Saya akan mendakwa tertuduh dengan pertuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen nanti," katanya.
Kes pengubahan wang haram berkenaan pada asalnya kes di Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan sepatutnya menyebut kes itu di Mahkamah Sesyen sebelum memindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pada 28 Jan, pihak pendakwaan telah mendakwa Najib terus di Mahkamah Tinggi.
Thomas juga memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan mahu menarik balik sijil memindahkan kes berkaitan tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International yang dihadapi Najib daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata ini kerana keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya (2017) dan M. Indira Gandhi (2018), terdapat keraguan berhubung kuasa oleh Pendakwa Raya untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
"Saya dengan ini menarik balik sijil yang saya dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang hujahan bahawa pemindahan itu adalah pembatalan.
"Ini akan menjimatkan masa. Saya mengambil langkah-langkah ini untuk mengelak sebarang cabaran yang boleh dibuat pada mana-mana peringkat yang terikat kepada menangguhkan dan membatalkan perbicaraan serta mengakibatkan perbelanjaan awam yang tidak perlu," katanya.
Beliau berkata hakim boleh menggunakan budi bicaranya (suo motu) mengikut Seksyen 417 Kanun Acara Jenayah (KAJ) untuk memindahkan kes di mahkamah ini.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa beliau terkejut apabila pendakwaan memaklumkan mahkamah yang mereka tidak mahu meneruskan tiga pertuduhan tambahan terhadap anak guamnya.
"Ini bukan 'kedai nasi kandar' di mana anda boleh menambah nasi. Perbicaraan akan bermula Selasa depan. Apa yang pendakwaan akan lakukan? Tiga kes baharu ini tiada kaitan dengan kes lama (SRC International). Wang dan akaun bank berbeza," katanya.
Mohd Nazlan dalam keputusannya berkata mahkamah berpendapat bahawa Pendakwa Raya juga mempunyai kuasa untuk mempengaruhi penarikan balik sijil mengikut Seksyen 418A KAJ dengan mengambil kira bahawa tiada penentuan kehakiman yang seksyen ini tidak mengikut perlembagaan berlandaskan kes Semenyih Jaya dan Indira Ghandi.
"Saya dengan ini menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 417(2) KAJ untuk memerintahkan pemindahan tujuh pertuduhan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 417(1)(e) KAJ," katanya.
Hakim itu berkata tujuh pertuduhan berkenaan perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi kerana kes-kes berkenaan menarik minat ramai di dalam dan luar negara.
"Juga tiada prejudis terhadap tertuduh," katanya.
Mohd Nazlan berkata tujuh pertuduhan berkenaan didaftarkan pada 4 Julai tahun lepas dan pihak pendakwaan telah mengumpulkan semua dokumen dan tarikh perbicaraan bagi ketujuh-tujuh pertuduhan itu juga telah ditetapkan hampir enam bulan lalu, bermula 12 Feb tahun ini.
Hakim turut menolak permohonan Muhammad Shafee untuk penangguhan perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Feb atas alasan tiada asas khusus untuk menangguhkannya.
Muhammad Shafee bagaimanapun berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini dan mengatakan ia merupakan perkara yang serius yang perlu dibawa ke mahkamah tertinggi.
Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib didakwa dengan tujuh pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna jawatan dan menerima wang hasil aktiviti haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Bernama
Thu Feb 07 2019
Kes pengubahan wang haram berkenaan pada asalnya kes di Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan sepatutnya menyebut kes itu di Mahkamah Sesyen sebelum memindahkan ke Mahkamah Tinggi. - Gambar fail
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
'Duit 1MDB lah bro'...
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1MDB.
Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada tiga tuduhan tambahan pengubahan wang haram
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tiga tuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.
'Saya bukan pencuri, saya hendak keadilan'- Najib
Menurut Najib, prosiding mahkamah melibatkan tiga fasa iaitu: 'dana yang diterima, dana yang digunakan dan dana yang dipulangkan balik'.