KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dijanjikan sumbangan tunai tambahan AS$1.17 bilion daripada seorang individu yang didakwa sebagai ahli keluarga diraja Arab Saudi bagi menghargai usaha bekas Perdana Menteri itu memperkenalkan Islam ke seluruh dunia.
Berdasarkan dua pucuk surat yang dibacakan di mahkamah oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, wang tunai itu dijanjikan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib oleh putera Arab Saudi, Saud Abdulaziz Majid Al Saud melalui dua transaksi, AS$375 juta pada 1 Nov 2011 dan AS$800 juta pada 1 Mac 2013.
Pada minggu lepas, pasukan pembelaan Najib mengemukakan sepucuk surat yang dikatakan daripada putera Arab Saudi yang sama bertarikh 1 Feb 2011, yang didakwa menjanjikan sumbangan wang tunai AS$100 juta kepada Najib untuk mengiktiraf sumbangannya kepada dunia Islam.
Surat menggunakan kepala surat Pejabat Peribadi Saud Abdulaziz Majid Al Saud, bekas Gabenor Wilayah Madinah, turut menyebut hadiah itu adalah sempena persahabatan yang terjalin antara kedua-duanya dan sebagai menghargai idea-idea baharu Najib selaku pemimpin Islam moden.
Wan Aizuddin merujuk surat itu kepada saksi pendakwaan ke-38 semasa pemeriksaan balas terhadap Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank Yap Wai Keat, 57, pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Najib membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Surat-surat itu juga menyebut pemberian wang tunai itu hendaklah dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib melalui akaun bank peribadi atau melalui akaun bank syarikat yang diarahkan putera itu, Tanore Finance Corporation dan Blackstone Asia Real Estate Partners Limited.
“Turut dinyatakan dalam surat itu bahawa Datuk Seri Najib mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan bagaimana wang itu akan digunakan dan ia (wang) tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai perbuatan rasuah kerana ini bertentangan dengan amalan Islam dan putera itu secara peribadi tidak menggalakkan amalan sedemikian (rasuah) dalam apa cara sekalipun,” kata peguam itu.
Sebelum ini dilaporkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah mengenal pasti Tanore Finance Corporation dan Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dikuasai oleh ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho (Jho Low) menggunakan identiti rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.
Wan Aizuddin kemudian menyoal saksi sama ada beliau mempunyai pengetahuan mengenai dua pucuk surat itu sebelum perbicaraan 1MDB ini, yang dijawab oleh saksi itu secara positif.
“Saya rasa mungkin (mempunyai pengetahuan tentang surat-surat itu) kerana untuk meneruskan pengiriman wang, kita perlu tahu apakah kod tujuan wang ini, di mana pengurus perhubungan akaun AmBank Datuk Seri (Joanna Yu) telah memberitahu saya bahawa ia adalah hadiah dan ada surat yang disertakan bersamanya.
“Bagaimanapun saya tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat kemungkinan Joanna Yu telah memberikan surat itu kepada saya pada masa transaksi tersebut. Beliau mungkin tunjuk kepada saya, tetapi saya tidak ingat kerana banyak dokumen yang telah saya teliti sejak beberapa tahun lepas,” kata saksi itu yang mengendalikan deposit pertukaran asing AmBank sejak 2010 hingga 2014.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung petang ini. - Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2022

Datuk Seri Najib Tun Razak dijanjikan sumbangan tunai tambahan US$1.17 bilion daripada seorang individu yang didakwa sebagai ahli keluarga diraja Arab Saudi. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.