Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.
Najib, 66, didakwa semula tidak sampai 24 jam selepas Mahkamah Tinggi di sini, melepas tanpa membebaskannya daripada tiga tuduhan tersebut, semalam.
Anggota Parlimen Pekan itu yang bersut biru, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan berkenaan, Najib didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhannya RM47 juta, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Najib dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup mencadangkan Najib diikat jamin dengan "jaminan mulut" tanpa penjamin.
"Prosiding pendakwaan pada 28 Jan lepas tidak dikenakan jaminan kerana ia adalah pertuduhan tambahan kepada tuduhan sedia ada di Mahkamah Tinggi, namun pertuduhan hari ini belum lagi dibawa ke Mahkamah Tinggi.
"Kami mengambil kira yang tertuduh berdepan banyak pertuduhan sebelum ini dan diikat jamin kira-kira RM6 juta dan pasport diserahkan pada mahkamah, justeru kami bersetuju untuk mencadangkan 'jaminan mulut', ke atas tertuduh bagi kes ini," katanya.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang mencadangkan jaminan tersebut yang disifatkan satu cadangan adil.
Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin dengan bon peribadi tanpa dikenakan cagaran bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.
Terdahulu, Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapi Najib hari ini adalah pertuduhan serupa yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi pada 28 Jan lepas, bagaimanapun Najib dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi semalam berikutan terdapat kesilapan membawa kes itu terus ke Mahkamah Tinggi sebelum ke Mahkamah Sesyen.
"Pertuduhan ini secara substantifnya sama dengan pertuduhan yang dibawa pendakwaan terus ke Mahkamah Tinggi (pada 28 Jan) dan semalam, Peguam Negara mengatakan beliau menarik balik tuduhan itu kerana terdapat kesilapan asas dengan membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi sebelum ke mahkamah lebih rendah," katanya.
Peguam itu berkata pihaknya juga akan mengemukakan bantahan terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu berikutan terdapat beberapa kecacatan ketara pada pertuduhan-pertuduhan tersebut.
Mahkamah menetapkan 8 Mac untuk sebutan semula kes.
Pada 28 Jan, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi terhadap tiga pertuduhan itu dan semalam mahkamah sama melepas tanpa membebaskannya daripada ketiga-tiga tuduhan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tommy Thomas untuk melepas tanpa membebaskan Najib.
Thomas memaklumkan mahkamah pihaknya akan mendakwa Najib atas pertuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen.
Kes pengubahan wang haram bermula di Mahkamah Sesyen dan pihak pendakwaan sepatutnya menyebut kes itu di Mahkamah Sesyen sebelum memindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pada 28 Jan, pihak pendakwaan telah mendakwa Najib terus di Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 08 2019
![Najib didakwa semula tiga kes pengubahan wang haram RM47 juta Najib didakwa semula tiga kes pengubahan wang haram RM47 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549601671_NAJIB.jpg)
Najib didakwa semula di Mahkamah Sesyen KL atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta lima tahun lepas. -- fotoBERNAMA
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
RUU ordinan buruh Sabah 2024 dibentang
Pindaan Ordinan Buruh Sabah membabitkan 16 perkara utama meliputi 70 fasal untuk menyelaras undang-undang perburuhan yang merangkumi tiga akta utama yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia.
![Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721208356_Bangkokhotel.jpg)
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
![Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51679899391_MASHUP.jpg)
Tiada dokumen buktikan Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhary - Saksi
Tiada dokumen yang menunjukkan bahawa Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720605165_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: 26 saksi dirakam keterangan - KP Selangor
Datuk Hussein Omar Khan berkata antara saksi yang dirakam keterangan mereka termasuklah rakan Allahyarham Nur Farah Kartini, rakan sekerja suspek dan saksi awam.
![27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal 27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721213446_HngMooiLye.jpg)
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Tiada tindakan lanjut dapat diambil termasuk siasatan punca kematian haiwan berkenaan kerana kelewatan melaporkan insiden itu.
![Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721019915_JoeBiden.jpg)
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Biden sebelum ini berkata keadaan kesihatannya tidak memerlukan pemeriksaan tambahan, tetapi beliau bersedia jika doktor memintanya.
![Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696910524_PUTRAPERDANA.jpg)
Perundangan baharu diperkenal kawal selia Badan Berkanun Persekutuan - Pejabat PM
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
![MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721211871_MCMCKomenJelik.jpg)
MCMC siasat empat lagi individu, didakwa buat komen jelik dan provokatif
Secara keseluruhan enam suspek disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen di platform media sosial
![Najib didakwa semula tiga kes pengubahan wang haram RM47 juta Najib didakwa semula tiga kes pengubahan wang haram RM47 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51549601671_NAJIB.jpg)
Najib didakwa semula tiga kes pengubahan wang haram RM47 juta
Pada Khamis, beliau telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga tuduhan tambahan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram RM47 juta.