Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadapi empat pertuduhan rasuah berjumlah RM2.282 bilion melibatkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama, dibenar dibebaskan dengan ikat jamin RM3.5 juta dengan dua penjamin sementara menunggu perbicaraan kes.
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan permohonan oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib untuk membayar RM1 juta esok dan RM500,000 setiap hari sebelum atau menjelang 28 Sept.
Muhammad Shafee memberi jaminan kepada mahkamah bahawa anak guamhya akan membayar jaminan dengan sewajarnya dan berkata anak lelaki Najib iaitu Mohammed Nizar dan seorang individu bernama Mohd Shahrir Arifin akan membayar jaminan tersebut.
Beliau telah meminta untuk membayar RM500,000 esok kerana kaunter jaminan akan ditutup tidak lama lagi sambil berkata pada masa lalu, dia mengambil masa hampir setengah hari untuk menyelesaikan urusan pembayaran.
"Sekiranya kita mahu menyelesaikannya dengan cepat, cara terbaik ialah dengan menghubungi pengurup wang," katanya dengan bergurau.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib membantah jaminan kepada Najib kerana kesemua 25 pertuduhan merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin dan jika mahkamah membenarkan jaminan, beliau mencadangkan jumlahnya RM5 juta.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan juga berkata pihak pendakwaan membantah jaminan ke atas Najib kerana pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah sangat serius dan tertuduh adalah orang yang rakyat Malaysia menaruh kepercayaan.
"Kami membantah jaminan kerana tertuduh pada 2015, campur tangan dalam kes (1MDB). Tertuduh mempunyai kecenderungan untuk menganggu kes. Dia tidak sepatutnya menerima layanan yang lebih baik," kata beliau.
Sri Ram juga berkata Peguam Negara Amerika Syarikat menyatakan bahawa kes berkenaan adalah kleptokrasi paling buruk atau dalam erti kata lain kes kecurian.
Beliau juga menegaskan bahawa Najib telah membuat kenyataan menerusi laman Twitter dan Facebook mengkritik siasatan pihak berkuasa mengenai kes tersebut.
Muhammad Shafee bangun sambil berkata pihak pendakwaan sepatutnya membangkitkan perkara ini melalui afidavit atau memanggil pegawai SPRM untuk memberi keterangan berhubung kenyataan yang dibuat oleh Najib.
Sri Ram seterusnya memohon kepada mahkamah untuk melarang Najib daripada membuat kenyataan mengenai 1MDB kepada media sosial.
Muhammad Shafee sekali lagi bangun dan berkata "saya minta maaf kerana saya harus mencelah. Anda (Sri Ram) tidak boleh berbuat demikian kerana anda tidak menampilkan apa-apa kenyataan atau fakta bersama anda."
Beliau juga berkata ketika Najib didakwa buat pertama kali pada 4 Julai, Peguam Negara Tommy Thomas membantah perintah sekatan yang diperoleh Najib yang menghalang orang awam daripada bercakap atau mengeluarkan kenyataan berhubung kes itu.
"Sebelum ini, Peguam Negara bercakap mengenai kebebasan bersuara dan sekarang pihak pendakwaan mengadu mengenai kenyataan yang dibuat oleh anak guam saya," kata Muhammad Shafee.
Muhammad Shafee juga berkata anak guamnya harus dibenarkan jaminan memandangkan beliau adalah anggota Parlimen Pekan dan perlu menghadiri majlis-majlis awam.
Beliau juga berkata Najib telah bekerjasama dengan SPRM dan polis dalam siasatan.
"Pada jam 10.30 malam, semalam, anak guam saya telah menerima notis dari SPRM untuk hadir di ibu pejabat SPRM bagi siasatan pada jam 3.30 petang. Walaupun notis itu diberi dalam tempoh singkat, anak guam saya tetap hadir di sana pada 3 jam petang," kata beliau.
Muhammad Shafee juga berkata tujuan jaminan tidak sekali-kali sebagai hukuman pra perbicaraan dan mencadangkan jaminan sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin.
"Jaminan bukan bertujuan sebagai tindakan punitif tetapi hanya untuk memastikan kehadiran. Kedua-dua pasportnya telah diserahkan kepada mahkamah untuk tujuh kes yang dihadapinya sebelum ini," kata beliau sambil berkata anak guamnya tidak pernah gagal hadir di mahkamah apabila sebutan bagi tujuh kesnya.
"Malah, dia datang lebih awal daripada saya di mahkamah," kata Muhammad Shafee.
Sri Ram pula berkata jumlah yang dimohon oleh peguam itu adalah minimum sedangkan jumlah yang dinyatakan dalam empat kes rasuah adalah RM2.282 bilion.
"Ini adalah kes tertuduh telah mengkhianati kepercayaan dan keyakinan orang ramai. Tertuduh mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Ia tidak relevan untuk mempertimbangkan jumlah itu," kata beliau.
Hakim Azura kemudian menetapkan 16 Nov untuk sebutan kes.
Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan memohon untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah apabila dia menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2,282,937,678.41 dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang yang sama.
Prosiding bermula pada jam 3.05 petang dan berakhir pada 5.30 petang. Tuduhan melibatkan pengubahan wang haram duibacakan oleh tiga jurubahasa yang mengambil masa hampir satu jam.
Najib yang bangun dalam kandang tertuduh dengan tenang menjawab "saya minta dibicarakan" apabila jurubahasa meminta dia membuat pengakuan .
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 20 2018

Najib telah meminta untuk membayar RM500,000 esok kerana kaunter jaminan akan ditutup tidak lama lagi.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.