KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa saman sivil AS$8 bilion yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya terhadap beliau adalah penyalahgunaan proses mahkamah, apabila nama pesalah sebenar yang menyebabkan kerugian besar dana kekayaan kerajaan itu, telah dikeluarkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Bekas perdana menteri itu berkata tindakan 1MDB dan empat anak syarikatnya menimbulkan syak wasangka dan tindakan itu adalah tidak jujur di pihak mereka semasa memfailkan saman dengan mengekalkan nama beliau sebagai seorang daripada defendan.
Empat anak syarikat itu ialah 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, dan Global Diversified Investment Company Limited yang berpangkalan di British Virgin Islands (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited).
"Ia jelas daripada writ saman yang dipinda bahawa pesalah yang pada mulanya dinamakan telah disingkirkan. Ini menimbulkan syak wasangka dan tidak jujur di pihak plaintif dalam memfailkan saman ini, sekali gus penyalahgunaan proses," dakwa Najib.
Bagaimanapun, Najib, 68, tidak menyatakan nama defendan, yang digugurkan daripada saman itu.
Najib berkata demikian dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 28 Mac sebagai tuntutan balas terhadap saman sivil 1MDB AS$8 bilion yang difailkan terhadapnya dan tujuh yang lain berhubung kerugian kewangan akibat dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran kewajipan fidusiari.
Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan bahawa pernyataan pembelaan itu difailkan tanpa menjejaskan haknya untuk memfailkan permohonan interlokutori lanjut seperti meminda pembelaan atau membatalkan keseluruhan saman.
"Ketika ini, pernyataan pembelaan ini juga difailkan tanpa menjejaskan hak defendan pertama untuk berdiam diri berkaitan perbicaraan kes jenayah (1MDB) yang sedang berjalan," katanya.
Pada awalnya, 15 individu termasuk Najib telah dinamakan dalam kes saman itu. Bagaimanapun, tujuh - bekas CEO Mohd Hazem Abdul Rahman dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; bekas Pengarah Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Tan Sri Ismee Ismail, Tan Sri Ong Gim Huat dan Ashvin Jethanand Valiram, dan bekas Ketua Pegawai Kewangan Azmi Tahir telah digugurkan.
Defendan lain dalam saman itu termasuk Najib, ialah Loo Ai Swan, Tang Keng Chee, Geh Choh Heng, Vincent Beng Huat Koh, Nik Faisal Ariff Kamil, Kelvin Tan Kay Jin dan Radhi Mohamad.
Setakat ini, Ismee, Shahrol Azral, Mohd Hazem, dan Azmi turut memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan jenayah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri itu membabitkan kes rasuah 1MDB bernilai RM2.3 bilion.
Saman AS$8 bilion itu merupakan antara 22 saman sivil yang difailkan bagi menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd terhadap beberapa individu yang didakwa terlibat dalam skandal kewangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
![Najib dakwa saman 1MDB penyalahgunaan proses mahkamah Najib dakwa saman 1MDB penyalahgunaan proses mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649925530_NajibMahkamah.jpg)
Najib berkata, tindakan 1MDB dan empat anak syarikatnya menimbulkan syak wasangka. - Gambar fail/ Bernama
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
![1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi 1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.
![Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737793971_tblawanrasuah.jpg)
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
![Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
![Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
![Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637916006_TommyNajib.jpg)
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
![Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737379592_NajibTunRazak.jpg)
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
![Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648809976_NajibJhoLow.jpg)
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
![Najib mengaku guna bantuan Jho Low Najib mengaku guna bantuan Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.