Sewaktu siasatan melibatkan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dijalankan, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, sendiri telah memberi kebenaran kepada pihak polis untuk menangkap suspek iaitu Abdul Razak Baginda.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu, beliau diminta berurusan dengan Najib oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, memandangkan Abdul Razak Baginda berkhidmat sebagai penasihatnya.
“Setelah memberitahu hal tersebut, Najib sendiri memberi saya lampu hijau untuk menahan Abdul Razak Baginda. Beliau benarkan polis lakukan kerja siasatan,” ujar Musa dalam sebuah sidang media mengenai siasatan kes berkenaan.
Menurutnya, tiada halangan untuk polis membuka semula kertas siasatan berhubung kes itu sekiranya ada maklumat dan petunjuk baharu diberikan oleh mana-mana pihak.
“Kalau ada petunjuk baharu, sila buat laporan polis. Polis akan buka semula siasatan. Tiada masalah.
“Jika bertanya tentang motif, Altantuya sudah menyatakan bahawa dia datang ke Malaysia untuk meminta duit tetapi diugut dan diganggu sebelum kemudiannya dia hilang,” kata beliau tentang kes tersebut yang turut melibatkan dua anggota polis.
Sementara itu, Musa menyelar pihak yang hanya mengelirukan orang ramai dengan menyebar tuduhan tetapi tidak mengambil tindakan mengikut saluran yang betul.
Mengulas laporan Al-Jazeera melalui program '101 East' tentang isu Altantuya, Musa memberitahu dokumentari itu pada awalnya mengikut kronologi tetapi disudahi dengan gaya laporan yang ditokok tambah.
Beliau mempertikai tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang memberi keterangan di luar mahkamah atas pengaruh pihak tertentu hingga cenderung memberi maklumat yang tidak direkodkan dalam mahkamah.
Sehubungan itu, sumber Pejabat Perdana Menteri telah membuat kenyataan rasmi mengatakan bahawa dakwaan-dakwaan yang dibuat itu adalah palsu dan mempunyai agenda politik sendiri.
Menurut kenyataan itu, 'dakwaan-dakwaan yang dilontarkan sengaja berniat untuk mengelirukan, dan dakwaan-dakwaan serupa digunakan sebagai asas kepada pelbagai teori konspirasi selama ini'.
“Saya ingin mengajak orang awam mengetahui fakta sebenar dan jangan campur aduk dengan fitnah dan cerita-cerita tanpa asas," kata Musa.
Hamzah Hamid
Mon Sep 14 2015
!['Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan 'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442229507_musa.jpg)
MUSA: Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat dan petunjuk boleh membuat laporan polis supaya kes itu dibuka semula.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652962908_Altantuya.jpg)
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.
![Kehidupan hancur selepas kematian Altantuya - Bapa Kehidupan hancur selepas kematian Altantuya - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51548678098_DRSHAARIIBUUSETEV.jpg)
"Kehidupan hancur selepas kematian Altantuya" - Bapa
Dr Shaariibuu Setev berkata, mendiang Altantuya adalah anak sulungnya yang juga paling berpendidikan dan paling diharapkan dalam keluarga.
![Gambar Altantuya, Abdul Razak dan TPM ditunjukkan di mahkamah adalah palsu - Sepupu Gambar Altantuya, Abdul Razak dan TPM ditunjukkan di mahkamah adalah palsu - Sepupu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548369826_TBShaariibuuSetev.jpg)
Gambar Altantuya, Abdul Razak dan TPM ditunjukkan di mahkamah adalah palsu - Sepupu
Burmaa Oyunchimeg, 37, berkata gambar yang memaparkan wanita itu bersama dua lelaki berkenaan dihasilkan melalui teknik photoshop dan palsu.
![Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81441941798_Altantuya.jpg)
Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya
Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
!['Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan 'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/71442229507_musa.jpg)
'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan
Musa Hasan berkata, tiada halangan untuk polis membuka semula kertas siasatan berhubung kes itu sekiranya ada maklumat dan petunjuk baharu.
![Keputusan rayuan pendakwaan kes Altantuya hari ini Keputusan rayuan pendakwaan kes Altantuya hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71403178404_295x200.jpg)
Keputusan rayuan pendakwaan kes Altantuya hari ini
Hari ini Mahkamah Persekutuan bakal menyampaikan keputusan bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh Altantuya.
!['CEO' filem terbitan penganalisis politik 'CEO' filem terbitan penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/51371049318_295x200.jpg)
'CEO' filem terbitan penganalisis politik
Beto Kusyairy, Remy Ishak dan Deanna Yusof barisan pelakon yang menerajui filem baru berjudul "CEO".