Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air (KETHHA) telah menerima mandat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi menyelesaikan isu air dengan Kerajaan Selangor.
Menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kementerian juga akan terus terlibat dengan Kerajaan Selangor untuk menyambung semula rundingan.
"Kami telahpun menerima mandat daripada PM (Perdana Menteri) untuk melakukan apa yang perlu dan meneruskan usaha (berurusan dengan Selangor).
"Kami sepatutnya mengadakan mesyuarat antara kedua-dua pihak di peringkat pegawai minggu ini... (tetapi) sekarang kami masih menunggu maklum balas," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Profesional Muda berkaitan Air Malaysia 2015 Persatuan Air Antarabangsa (IWA) di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali yang meminta bantuan perdana menteri bagi menyelesaikan isu penstrukturan air di negeri itu.
Ongkili berkata kementerian yakin bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor boleh duduk semeja dan menyelesaikan semua perbalahan ke arah merealisasikan Perjanjian Utama.
"Kami (kerajaan persekutuan) masih mahu menangani beberapa salah interpretasi dalam perjanjian," katanya.
Pada 9 Mac, Azmin berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan perjanjian kerana mendakwa kerajaan persekutuan telah melanggar terma-terma perjanjian utama yang ditandatangani pada 12 Sept, tahun lepas.
Keputusan itu dikhuatiri akan menjejaskan pembinaan fasa satu projek Loji Rawatan Air Langat 2, yang dijangka siap pada 2017 untuk memenuhi peningkatan permintaan untuk air yang dirawat di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya.
Bagaimanapun, kementerian pada Selasa dilaporkan sebagai berkata pelaksanaan penstrukturan semula air di Selangor telah ditunda kerana kerajaan negeri enggan menyelesaikan tiga daripada lapan terma perjanjian utama dengan kerajaan persekutuan termasuk isu tanah.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Ongkili menggesa ahli profesional muda dan pakar tempatan supaya memanfaatkan hasil penyelidikan berkaitan air ke dalam aplikasi praktikal yang akhirnya akan membawa kepada kesinambungan sektor air, terutama di negara membangun dan negara kurang maju.
"Sebagai sebuah negara, Malaysia telah mencatat pencapaian luar biasa dalam menyediakan air minum yang bersih dan selamat serta sanitasi yang sesuai untuk rakyatnya, baik dari segi kuantiti mahupun kualiti.
"Selain itu, rundingan penstrukturan air yang dijalankan sekarang akan mempertingkatkan lagi pengurusan sektor air pada landasan yang mampan, prasyarat bagi merealisasikan aspirasi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.
Persidangan kedua anjuran Universiti Teknologi Malaysia bersama IWA dan Persatuan Air Malaysia bertujuan mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian kepada permasalahaan air khususnya di Malaysia.
Lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara menyertai persidangan yang berlangsung bermula hari ini hingga Jumaat.
Bernama
Tue Mar 17 2015
Ongkili berkata kementerian yakin bahawa kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor boleh duduk semeja dan menyelesaikan semua perbalahan ke arah merealisasikan Perjanjian Utama. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.