Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berharap hubungan akrab antara Malaysia dan China akan terus kekal kukuh.
Dalam posting terbaru di Facebook beliau, Najib berkata beliau telah diwawancara agensi berita China, Xinhua dan CCTV China mengenai hubungan antara kedua-dua negara menjelang lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.
"China telah menjadi rakan baik Malaysia selama 40 tahun dan, dengan lawatan yang bermula Khamis (semalam), saya berharap hubungan akrab antara kedua-dua negara diperteguh dan meliputi semua lapisan masyarakat kita," katanya.
Xi tiba di Malaysia semalam untuk lawatan negara tiga hari yang merupakan hentian keduanya dalam lawatan julung kali ke Asia Tenggara selepas memegang jawatan itu pada Mac.
Lawatan Xi amat penting kerana ia menandakan komitmen pemimpin baharu China itu untuk mengekalkan hubungan akrab sekian lama dengan Kuala Lumpur sejak terjalinnya hubungan diplomatik 39 tahun lepas.
Dalam wawancara dengan Xinhua dan CCTV China, Najib berkata lawatan Xi memaparkan hasrat Beijing untuk meneruskan hubungan baik dengan Malaysia, yang beliau percaya akan terus kukuh di bawah kepimpinan baharu China.
Kedua-dua media China itu memetik Najib sebagai berkata Malaysia mahu meningkatkan lagi hubungan dengan China dan menerokai kerjasama dalam bidang-bidang baharu.
"Kedua-dua negara perlu menjadikan hubungan mereka lebih luas dengan memasukkan lebih banyak bidang untuk kerjasama seperti pendidikan, teknologi dan kewangan.
"Lagipun, Malaysia mengalu-alukan lebih banyak pelaburan China ke dalam negara ini, yang merupakan antara bahagian penting kerjasama dua hala," kata Najib, dan menurutnya beberapa perjanjian pelaburan baharu akan ditandatangani semasa lawatan Xi.
Najib berkata Malaysia dan China berkongsi banyak isu pelbagai hala, dan menggesa kedua-dua negara bekerjasama rapat dalam usaha memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di seluruh rantau ini.
Malaysia merupakan antara negara anggota Asean yang pertama menjalin hubungan diplomatik dengan China dan kedua-dua negara akan menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik tahun depan.
Najib berkata beliau merancang melawat China dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Beijing mengenai beberapa acara utama sempena sambutan ulang tahun itu.
Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia-China telah berkembang "pesat" sejak 1974 apabila almarhum ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri Malaysia ketika itu, melakukan lawatan bersejarah ke Beijing dan menjalin hubungan dengan China.
Perdagangan dua hala China dan Malaysia mencecah US$94.8 bilion tahun lepas, dengan China ialah rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk empat tahun berturut-turut manakala Malaysia menjadi rakan perdagangan terbesar China dalam rantau Asean sejak lima tahun lepas.
Petikan wawancara Najib boleh diakses di http://bit.ly/17w2tGG
Bernama
Fri Oct 04 2013
![Najib berharap hubungan Malaysia-China kekal kukuh Najib berharap hubungan Malaysia-China kekal kukuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81380871611_295x200.jpg)
![Badminton Olimpik Paris: Mathias Christiansen pilih tarik diri Badminton Olimpik Paris: Mathias Christiansen pilih tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721277040_tbMathiasChristian.jpg)
Badminton Olimpik Paris: Mathias Christiansen pilih tarik diri
Mathias Christiansen menarik diri daripada Olimpik Paris kerana melakukan kesilapan tiga kali dengan tidak melaporkan diri dalam tempoh 12 bulan.
![Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721276438_Toiletdoorcomes.jpg)
Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York
Pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan.
Bidang pertanian: Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina
Malaysia bersedia untuk menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Filipina bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perdagangan pertanian, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Malaysia akan terus sokong mandat un-habitat - Nga
Malaysia akan terus menyokong mandat Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) memandangkan negara akan mencapai 85 peratus kadar perbandaran menjelang 2040.
Tingkatkan penglibatan PMKS bagi mengatasi jurang latihan TVET
Jurang antara latihan TVET dan keperluan industri masih wujud, terutama di kawasan luar bandar. Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus menekankan pentingnya kerjasama industri melalui latihan industri untuk mengatasi jurang ini, terutama dengan meningkatkan keterlibatan PMKS.
STEM: KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan segera program bersama saintis di 100 sekolah seluruh negara, bagi meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
![Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721276774_FahmiFadzilGoogle.jpg)
Google lancar Makmal Pendapatan Pengiklanan, merevolusi landskap media Malaysia
Google berkata inisiatif tersebut yang disokong Kementerian Komunikasi bertujuan untuk merevolusikan landskap media di negara ini.
Tumpuan hari terakhir Dewan Rakyat
Isu buli siber menjadi antara tumpuan pada hari terakhir Sidang Dewan Rakyat hari ini, dan perkara tersebut telah dijawab oleh Kementerian Komunikasi.
348 aduan diterima di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 348 aduan diterima di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2023.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71615045172_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Mac 2021.
![Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613568908_NajibRosmah.jpg)
Najib akan temani Rosmah untuk keputusan di Mahkamah Tinggi esok
Najib sebelum ini diminta supaya tidak berada dalam prosiding mahkamah ketika beliau menghadiri perbicaraan kes Rosmah.
![1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta 1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596551904_TBSHAHROL.jpg)
1MDB tidak jalankan semakan sebelum sertai usaha sama bernilai US$6 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim berkata tiada semakan dibuat terhadap Aabar BVI Ltd (Aabar BVI) yang diterima oleh Lembaga Pengarah 1MDB sebagai subsidiari IPIC.
![Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51454322060_Moodys.jpg)
Belanjawan 2019 lebih telus, namun defisit fiskal tinggi - Moody's
Moody's Investors Service berpendapat bahawa Belanjawan 2019 adalah baik kerana menunjukkan ketelusan yang lebih ketara.
![Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/71500883850_mdb.jpg)
Pejabat Peguam Switzerland nyatakan minat berjumpa pihak berkuasa Malaysia
Selepas perkembangan terbaru yang berlaku di Malaysia, Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) ingin berhubung dengan pihak berkuasa yang kompetan di Malaysia dengan serta-merta
![Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462250276_undiawal.jpg)
Suhakam gesa rakyat keluar mengundi, bukan diamkan diri
Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyatakan bahawa merosakkan undi bukan penyelesaian yang wajar untuk pengundi yang sedang kecewa dengan sistem sedia ada.
![PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61490846729_MangsaCulik.jpg)
PM Najib luangkan masa temui tiga mangsa culik
Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.
![Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81490699163_950x600.jpg)
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
![Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017 Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41470916506_DSNajibRazak.jpg)
Pemikiran komputer dalam semua mata pelajaran bermula Januari 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemikiran perkomputeran dilihat sebagai penting dalam situasi masa depan yang memerlukan kemahiran digital.
![Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466226750_NajibTunRazak.jpg)
Najib harap Masjid Jamek Kampung Baru jadi bangunan ikonik
Najib turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.