Setiausaha Barisan Nasional Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai antara perdana menteri paling banyak mendengar pandangan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata Najib tidak pernah angkuh dengan kedudukannya, sebaliknya sedia mendengar untuk menjawab serta cuba memahami suara rungutan rakyat.



"Perdana menteri tidak menunjukkan reaksi kemarahan atau menengking apabila mendengar rungutan rakyat menerusi pemimpin di Sabah, malahan beliau mendengarnya dengan tenang dan sabar," kata Abdul Rahman menerusi akaun Twitter beliau semalam.


Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Najib perlu terus disokong rakyat Sabah kerana beliau merupakan pemimpin yang sederhana namun amat berwawasan.