PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Rabu bahawa tindakan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin merayu terhadap penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan lebih daripada RM1.7 bilion tunggakan cukai, adalah bagi mengelak daripada membayar cukai itu.
Ketua Peguam Cara Hasil Dr Hazlina Hussain, yang mewakili LHDN berkata lazimnya, skim percukaian setiap pentadbiran cukai di dalam dunia meminta pembayar cukai membayar cukai yang perlu dijelaskan tanpa mengambil kira sebarang rayuan.
"Jika rayuan ini dibenarkan mahkamah, kepentingan umum akan menjadi prejudis secara keseluruhan dan rayuan ini difailkan oleh pemohon untuk mengelakkan cukai yang perlu dijelaskan dan dibayar terlebih dahulu," katanya pada pendengaran rayuan Najib dan Mohd Nazifuddin terhadap penghakiman terus kepada mereka di hadapan panel lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.
Lain-lain hakim yang menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Beliau berkata skim percukaian yang memerlukan pembayar cukai menjelaskan cukai dahulu tidak melakukan prejudis atau mendiskriminasi terhadap pembayar cukai kerana pembayar cukai yang terkilan terhadap penilaian Ketua Pengarah LHDN boleh merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Pembayar cukai perlu menjelaskan jumlah yang ditetapkan dahulu tanpa mengambil kira sebarang rayuan. Rasional di sebalik prinsip ini ialah untuk melayani pembayar cukai dengan saksama, sama ada antara pembayar cukai yang patuh serta yang ingkar dan paling penting sekali ialah melindungi perbendaharaan kerajaan," katanya.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin berhujah bahawa adalah jelas pihak responden mahu membankrapkan pemohon malah sebelum SCIT boleh mendengar merit pembelaan kepada penilaian cukai tambahan yang dikenakan kepada anak guamnya.
"Jika responden berjaya dalam membankrapkan pemohon malah sebelum SCIT memulakan atau menyelesaikan prosiding bermakna keseluruhan hujahan responden mengenai SCIT selaku 'forum yang sewajarnya' adalah akademik," kata beliau sambil menambah kes ini tidak sesuai untuk penghakiman terus kerana wujud faktor mengapa ia harus diteruskan menerusi perbicaraan.
Beliau berkata mahkamah ini berselindung dengan bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan cabaran perlembagaan yang timbul daripada Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan yang menyatakan berhubung tindakan sivil LHDN untuk mendapatkan semula cukai, mahkamah tidak perlu melayan sebarang rayuan terhadap cukai yang ingin dituntut sebagai berlebihan, tidak dinilai dengan betul, di bawah rayuan atau dinaikkan secara tidak tepat.
Pada ketika itu, Nallini mencelah dan berkata peruntukan itu adalah penting kepada keupayaan Malaysia untuk mengutip cukai sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengagihkan semula kekayaan dalam kalangan rakyat.
Hakim itu berkata negara ini masih perlu mengutip cukai dan keupayaan kerajaan mengutip cukai mungkin terjejas jika setiap pembayar cukai dibenar mengemukakan pernyataan pembelaan ketika disaman kerana cukai.
"Jika setiap pembayar cukai boleh datang ke mahkamah dan diberi perbicaraan penuh (terhadap saman cukai LHDN tanpa penghakiman terus dibenarkan) terhadap amaun yang ditaksirkan, negara ini tidak akan bergerak. B40 akan terhapus kerana tiada lagi wang ( dalam perbendaharaan kerajaan), kata Nallini.
Selepas selesai hujahan, mahkamah menangguhkan penghakiman rayuan itu.
Bekas Perdana Menteri dan anak lelakinya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus kepada tunggakan cukai pendapatan.
Satu penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes menerusi hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.
Dua Mahkamah Tinggi berasingan masing-masing membenarkan permohonan LHDN untuk memperoleh penghakiman terus bagi mendapatkan tunggakan cukai berjumlah RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin dari 2011 hingga 2017.
Kedua-dua Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu. Pada 10 Mei tahun lepas Mahkamah Persekutuan membenarkan mereka untuk merayu di mahkamah tertinggi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023

Peguam yang mewakili Najib dan Mohd Nazifuddin berhujah bahawa adalah jelas pihak responden mahu membankrapkan pemohon.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.