KUALA PERLIS: Rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman menaiki 'choley' atau motosikal beroda tiga tidak perlu lagi ke Thailand kerana mereka kini boleh mendapatkan perkhidmatan itu di Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, di sini.
Dengan berbekalkan modal RM4,000, seorang anak muda, Nur Afiq Nasharudin membeli choley yang ditempah khas dari Thailand bagi menjana pendapatan tambahan keluarganya serta berkongsi rezeki dengan pemuda di kampungnya.
"Saya dapat idea ini selepas melihat kesukaran pelancong yang terdiri daripada warga emas dan ibu mengandung terpaksa berjalan kaki jauh bagi menikmati keindahan kampung ini.
"Berdasarkan pengalaman menaiki choley di Thailand, saya mencari jalan bagaimana hendak membawa masuk kenderaan ini secara sah ke sini dan Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan sebuah pada bulan lepas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nur Afiq yang mesra dengan panggilan 'Mat Apit 'dalam kalangan penduduk kampung berkata, beliau tidak menyangka bahawa produk baharu pelancongan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong dalam dan luar negara apabila memulakan operasi pada cuti Tahun Baharu Cina, 22 Jan lepas.
"Jika dapat bantuan modal daripada pihak berwajib, saya bercadang untuk menambah sebuah lagi choley bagi menampung permintaan yang tinggi khususnya pada cuti umum dan hujung minggu," katanya yang turut dibantu rakan sekampung bagi bergilir-gilir membawa pengunjung pada cuti umum dan hujung minggu.
Menurut Nur Afiq pada hujung minggu beliau mampu mengendalikan antara tujuh hingga sembilan trip dari pagi hingga ke lewat petang dengan bayaran RM35 membawa pelancong mengelilingi Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.
Ia meliputi tujuh kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Tanjung, Kampung Seberang Alur, Kampung Seberang Jaya, Kampung Pulau Ketam, Kampung Tandiap dan Kampung Baru Tandiap yang mengambil masa 45 minit hingga satu jam mengikut permintaan pelancong.
Beliau berkata, selain berswafoto dan menikmati keindahan kampung, pelancong akan singgah membeli produk kampung seperti dodol, putu kacang, halwa maskat dan laksa Kuala Perlis sebagai buah tangan.
"Saya rasa bangga di samping membawa pelancong, saya dapat jadi duta kecil untuk mempromosi kampung ini," katanya.
Sementara itu, seorang pelancong, Mohd Anwar Leman, 53, dari Melaka berkata, beliau pernah menaiki choley atau tuk tuk ketika melancong ke Thailand dan Indonesia namun pengalaman di Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai lebih unik kerana dapat melihat keindahan negara sendiri.
"Pengalaman naik choley di sini amat menyeronokkan kerana di samping menikmati keindahan kampung, pemandu choley menceritakan sejarah transformasi kampung ini yang merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bermula pada 2020.
"Secara peribadi, saya kagum dengan usaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berjaya mengubah sebuah kampung nelayan kepada produk pelancongan yang menarik dan tiada di tempat lain," katanya.
Pembangunan Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai adalah satu daripada usaha MAIPs bagi membangunkan ekonomi penduduk di kawasan tersebut dan secara tidak langsung dapat memperkasakan aset pelancongan negeri ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
Perkhidmatan Choley yang diusahakan oleh Nur Afiq Nasharuddin sejak dua minggu lalu mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung luar. - Gambar BERNAMA
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Naik 'choley' tarikan baharu di Kampung Seberang Ramai
Tidak perlu lagi ke Thailand untuk menaiki 'choley' kerana perkhidmatan itu sudah ada di Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.