Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony mendedahkan beliau diminta beri keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah disebabkan siasatan berkaitan projek jalan raya di Sabah.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci kes yang dikaitkan dan ia merupakan satu proses untuk memberi keterangan selepas ada laporan pihak tertentu berhubung perkara itu.
"Ia merupakan proses keterangan normal, di mana ada rungutan, ada aduan dari awam berhubung beberapa perkara jadi kita kena panggil buat keterangan," katanya.
Peter yang juga Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah itu terdahulu, dipanggil ke Pejabat SPRM negeri Kota Kinabalu bermula jam 10.22 pagi dan keluar kira-kira jam 5.20 petang tadi.
Mengulas mengenai proses keterangan yang memakan masa lebih tujuh jam itu, Peter berkata, pegawai SPRM terlibat amat profesional dengan pihaknya turut memberikan kerjasama bagi melancarkan sesi berkenaan.
"Ada dua tiga orang (pegawai SPRM) tapi mereka amat bagus, amat profesional.
"Kita bagi kerjasamalah selaku menteri di peringkat kerajaan negeri kita bagi kerjasama, bagi mereka dokumen diperlukan, mana-mana dokumen penting," katanya.
Dalam masa yang sama, Peter turut tidak menolak kemungkinan pihaknya atau beberapa ahli politik dari kerajaan negeri bakal dipanggil SPRM dalam tempoh terdekat ini.
Jelas beliau dalam sidang media ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan petang tadi, pihaknya turut mendakwa senario semasa ini lebih bermotifkan politik memandangkan kerajaan negeri dan persekutuan adalah tidak sehaluan.
Ruzaini Zulkepli
Tue Jun 09 2020
Peter Anthony dikerumuni penyokongnya saat keluar dari Pejabat SPRM. - Astro AWANI
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari pegang jawatan
Naib Presiden Iran Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.
China, Malaysia komited eratkan hubungan bilateral - Naib Presiden Han Zheng
China bersedia berusaha bersama dengan Malaysia untuk menyuntik "konotasi" dan momentum baharu ke dalam perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.
Pemilihan UMNO: Dakwaan wujud kem cuma andaian - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, dakwaan wujud kem dalam pencalonan bagi pertandingan kali ini juga cuma 'pandangan dua atau tiga tokoh'.
Ahmad Maslan umum tak tanding jawatan Naib Presiden UMNO
Timbalan Menteri Kewangan I itu memilih bertanding jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.
Mahdzir Khalid pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.
Jawatan Naib Presiden UMNO: Dua sudah sahkan, ramai lagi masih 'intai-intai'
Naib Presiden UMNO adalah jawatan tertinggi yang dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan susulan dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.
Khairy dilantik sebagai Naib Presiden WHA ke-75
Pelantikan tersebut dicapai sebulat suara oleh negara anggota WHO Pasifik Barat.