TANJUNG MALIM: Pemandu kereta yang terlibat dalam insiden rempuhan hingga mengorbankan tiga perwakilan Muslimat Pas di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Behrang di sini pada Jumaat telah ditahan untuk siasatan.
Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim bagi memberi keterangan.
Ketua Polis Daerah Mualim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, tahanan dilakukan 24 jam untuk siasatan lanjut kes kemalangan berkenaan.
"Lelaki itu akan dibebaskan pada jam 2 petang ini. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Siasatan awal mendapati, lelaki yang memandu Toyota Altis di lorong kanan lebuh raya itu hilang kawalan dan melanggar enam mangsa di hadapannya menyebabkan semua mereka terhumban ke dalam longkang di kiri jalan.
Impak pelanggaran mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia sementara mangsa lain mengalami cedera ringan.
Semasa kejadian, semua mangsa turun dari kenderaan bagi membantu sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbalik ke longkang kiri jalan.
Kejadian sekitar jam 2.30 petang itu mengakibatkan Ketua Unit Khas Wanita Muda Pas Sungai Petani, Fatihah Nabila Bukri, 23, dan Ketua Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, maut di tempat kejadian.
Penolong Setiausaha Muslimat Pas Sungai Petani, Nurul Najihah Amzi, 27, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Slim River. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023
![Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan Nahas tiga Muslimat Pas: Pemandu kereta ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697861397_Kemalangan.jpg)
Pemandu kereta yang terlibat dalam insiden rempuhan hingga mengorbankan tiga perwakilan Muslimat Pas di Kilometer 390 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Behrang, pada Jumaat telah ditahan untuk siasatan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720058387_TBkemalangan.jpg)
Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa
Seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan antara kereta Proton Waja dan Nissan Ad Resort, malam tadi.
![Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719882954_MAUT.jpg)
Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk
Kemalangan di Kilometer 62, Lebih Raya Utara Selatan, awal pagi itu melibatkan dua buah treler.
![Penunggang motosikal maut digilis lori treler Penunggang motosikal maut digilis lori treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719872511_PenunggangMaut.jpg)
Penunggang motosikal maut digilis lori treler
Siasatan mendapati mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori treler namun bergesel dengan sebuah lagi lori lain di laluan sama.
![Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719869222_kemalanganseoul.jpg)
Sembilan pejalan kaki maut, empat cedera selepas dirempuh kereta di Seoul
Sembilan orang maut dan empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di pusat bandar Seoul pada Isnin.
![10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta 10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719758388_nahaslibattigaker.jpg)
10 cedera, dua selamat dalam kemalangan libat tiga kereta
Sebanyak 10 individu cedera manakala dua selamat dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di kawasan Batu Melintang menghala ke Bukit Gerik, Jeli, petang tadi.
![Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719578842_TBkemalangan.jpg)
Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, empat cedera
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga perempuan berusia 15 hingga 39 kini menerima rawatan di Hospital Temerloh.
![Kenderaan pacuan empat roda milik JAKOA terbabit dalam kemalangan Kenderaan pacuan empat roda milik JAKOA terbabit dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719578842_TBkemalangan.jpg)
Kenderaan pacuan empat roda milik JAKOA terbabit dalam kemalangan
Kemalangan itu menyebabkan van ambulan itu terbalik, mengakibatkan beberapa penumpang tercampak keluar.
![Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
![Pekerja IT hilang rupanya dipercayai sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang Pekerja IT hilang rupanya dipercayai sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719246743_Kemalangankeretat.jpg)
Pekerja IT hilang rupanya dipercayai sudah mati 3 hari, kereta BMW terjunam dalam longkang
Misteri kehilangan seorang pekerja IT sejak Sabtu lalu terungkai apabila kereta jenis BMW milik mangsa ditemukan terbabas di Jalan Lebuhraya Puchong menghala Bukit Jalil.
![652 kemalangan kenderaan berat direkodkan suku pertama 2024 652 kemalangan kenderaan berat direkodkan suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719203902_TBDATUKHASBIHABI.jpg)
652 kemalangan kenderaan berat direkodkan suku pertama 2024
Daripada kemalangan itu, sebanyak 287 kes maut dicatatkan dengan 95 mangsa cedera parah dan 270 mangsa cedera ringan.