TELUK INTAN: Seorang lagi mangsa kemalangan dua buah kereta di Kilometer 19, Jalan Bidor - Teluk Intan awal pagi ini, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Teluk Intan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa adalah seorang lelaki berusia 20 tahun yang memandu kereta jenis Proton Iswara.
Menurutnya, kemalangan kira-kira jam 2.53 pagi telah menyebabkan pemandu kereta jenis Perodua Viva yang berusia 24 tahun, maut di lokasi kejadian.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang memandu Produa Viva telah masuk ke laluan sah kereta Proton Iswara, sebelum berlaku pertembungan di antara kedua-dua kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, polis menahan kenderaan berkenaan untuk dihantar pemeriksaan Puspakom dan cuba mengesan saksi bebas di lokasi kejadian.
Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta bertembung di Jalan Bidor, dekat sini, awal pagi ini.
Kerja-kerja menyelamat dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dengan dibantu anggota dari BBP Bidor.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Mohd Sharif tamat jam 4.51 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 09 2022
Kemalangan kira-kira jam 2.53 pagi telah menyebabkan pemandu kereta jenis Perodua Viva yang berusia 24 tahun, maut di lokasi kejadian. - Foto JBPM
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
Nahas Teluk Intan: Mangsa kedua meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan dua buah kereta di Kilometer 19, Jalan Bidor - Teluk Intan awal pagi ini, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan Hospital Teluk Intan.