Laporan awal siasatan nahas helikopter Eurocopter Dauphin 9M-IGB mendedahkan masalah roda pendaratan kiri helikopter yang terbenam di tanah lembap ketika mendarat menyebabkan kerosakan teruk pada penstabil sebelah kiri.
Siasatan juga mendedahkan terdapat kesan kebocoran cecair hidraulik berlebihan kira-kira 10 meter di lokasi pendaratan terakhir sebelum kemalangan berlaku.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklumat berkenaan diperoleh daripada hasil siasatan dan pemeriksaan di kawasan pendaratan terakhir di padang bola sepak, Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Rompin sebelum kemalangan berlaku.
"Roda pendaratan kiri helikopter terbenam kira-kira 20 inci ke dalam tanah yang menyebabkan helikopter condong kira-kira 13 darjah ke kiri.
"Keadaan memungkinkan bahagian ekor bawah fenestron penstabil mendatar sebelah kiri dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan.
"Terdapat juga kesan kebocoran berlebihan pada lubang roda pendaratan kiri serta di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk terbang," kata Liow.
Hasil rakaman audio diperolehi juga mendedahkan juruterbang helikopter itu menyatakan kekhuatiran tentang kebocoran cecair hidraulik berkenaan.
"Setelah menurunkan seorang penumpang di lokasi tersebut, 9M-IGB telah berlepas pada jam 4.25 petang. Pada masa itu dari rekod audio diperolehi kita dapat tahu bahawa juruterbang berasa khuatir tentang kebocoran cecair hidraulik. Kita juga tahu bahawa antara 4.31 petang hingga 4.52 petang juruterbang tidak membuat sebarang panggilan kecemasan," kata Liow.
Beliau berkata demikian dalam sidang media berhubung laporan awal nahas helikopter yang mengorbankan bekas ahli parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima individu lain.
Tambah Liow, menurut fakta yang diperoleh, sebuah lagi helikopter yang berada berdekatan telah membuat panggilan radio dan menyatakan bahawa helikopter 9M-IGB telah membuat penurunan curam sebelum terhempas.
Dalam pada itu, Biro Siasatan Kemalangan Udara akan meneruskan penyiasatan bagi menentukan punca penurunan curam serta faktor-faktor lain yang menyumbang kepada nahas helikopter berkenaan.
Tan Su Lin
Thu May 14 2015
LIOW: Roda pendaratan kiri helikopter terbenam kira-kira 20 inci ke dalam tanah yang menyebabkan helikopter condong kira-kira 13 darjah ke kiri. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
Nahas Semenyih: Kerosakan pada penstabil, sistem hidraulik mungkin penyebab
Siasatan juga mendedahkan terdapat kesan kebocoran cecair hidraulik berlebihan kira-kira 10 meter di lokasi pendaratan terakhir sebelum kemalangan berlaku.