ROMPIN: Panggilan video menjadi perbualan terakhir Saifullizan Abu, 53, dengan isterinya Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.
Saifullizan berkata menerusi panggilan video sekitar 12 tengah malam itu, isterinya yang merupakan tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka memaklumkan sedang dalam perjalanan dan mahu tidur.
"Benda memang tak jangka, arwah pun macam biasa, gembira, dia penolong kanan sekolah jadi memang sering terlibat dengan pelbagai program," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Saifullizan yang juga seorang guru berkata beliau mendapat khabar duka itu sekitar 3 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau memaklumkan anak bongsunya Farouq, 12, yang turut berada di dalam bas mengalami kecederaan pada bahagian muka dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.
Bapa kepada lima anak itu berkata selesai proses bedah siasatan, jenazah akan dibawa pulang ke Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Melaka untuk urusan pengebumian.
Anak ketiga mangsa Nur Mujahadah, 22, berkata kali terakhir beliau bertemu ibunya adalah ketika menghantar ibu dan adiknya ke sekolah tersebut untuk bertolak ke Terengganu dan ibunya sempat berpesan supaya memandu berhati-hati ketika perjalanan pulang.
Sementara itu, eksekutif bank Muhammad Saiful Azam Yusof, 26, berkata beliau bersyukur isterinya Nurul Atiqah Jaafar Sedek, 31, terselamat dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa itu.
"Selepas kemalangan, isteri saya terus hubungi dan maklumkan dia terlibat. Saya tanya keadaannya, dia cakap baik tetapi tak boleh bangun dan saya terus bergegas ke Hospital Muadzam Shah bersama ayah dan anak," katanya yang ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) susulan Nurul Atiqah yang cedera pada bahagian kepala dipindahkan ke hospital itu,
Tiga individu terkorban dalam nahas itu termasuk Hasnatul Adilah, pemandu bas Mohd Adi Hasan, 29, dan Hamzah Ahmad, 60.
Dalam kejadian itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2024

Saifullizan yang juga seorang guru berkata beliau mendapat khabar duka itu sekitar 3 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. - Gambar/ Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Nahas rombongan guru: Polis dalam proses lengkap kertas siasatan
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk dilengkapkan sebelum dituduh di mahkamah.

Nahas rombongan guru: Jenazah Hasnatul Adilah selamat dikebumikan
Seorang daripada mangsa yang terkorban dalam nahas di Jalan Kuantan - Segamat, Pahang awal pagi tadi, Hasnatul Adilah Hassan, 48, selamat dikebumikan.

Nahas rombongan guru: Mangsa keempat meninggal dunia ketika menerima rawatan
Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi

Nahas rombongan guru: 'Panggilan video perbualan terakhir bersama isteri'
Panggilan video menjadi perbualan terakhir Saifullizan Abu, 53, dengan isterinya Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.