IPOH: Polis akan merakam keterangan pemandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa yang mengorbankan lima sekeluarga pada Sabtu.
Bagaimanapun, setakat ini, ia belum dapat dilakukan kerana pemandu berkenaan, seorang wanita berusia 53 tahun, masih dirawat di Hospital Jeli, Kelantan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, wanita tersebut mengalami luka di dada dan paru-paru.
"Buat masa ini masih lagi dirawat di Hospital Jeli untuk pemeriksaan lanjut dan kita belum dapat lagi menemuramah ataupun mengambil rakaman percakapan beliau.
"Dalam masa terdekat kita akan mengambil rakaman percakapan itu apabila dia pulih seperti biasa ataupun selepas dia discaj dari Hospital Jeli.
"Dia masih lagi ditahan dan penumpang-penumpang dalam kereta itu kita sudah rakam percakapan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.45 petang Sabtu, lima sekeluarga yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza maut selepas bertembung dengan Toyota Hilux.
BACA: Lima maut nahas jalan raya di Gerik
Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada pemandu 4WD yang dalam perjalanan dari arah Gerik menuju Jeli, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki lima sekeluarga berkenaan.
Mangsa ialah Mohd Rodhi Othman, 64 tahun, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 tahun, Ahmad Khomaini Abu, 32 tahun, dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6 tahun.
Jenazah mereka selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Hj Abd Rashid, Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang, petang semalam.
BACA: Nahas Jeli-Gerik: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan satu liang lahad
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 25 2022

Siasatan awal polis mendapati, Toyota Hilux ini hilang kawalan sebelum memasuki arah bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 62 Jalan Raya Timur-Barat dalam kejadian pada Sabtu. - Foto JBPM Perak

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Nahas lima sekeluarga di Gerik: Polis akan ambil keterangan pemandu Hilux
Setakat ini, ia belum dapat dilakukan kerana pemandu berkenaan, seorang wanita berusia 53 tahun, masih dirawat di Hospital Jeli.