KUALA LUMPUR: Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Katanya beliau telah mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso, sejurus menerima berita berhubung tragedi berkenaan.
Sivakumar berkata hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
"Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurutnya, setakat ini, Perkeso sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang telah memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.
Justeru, anggota Perkeso di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Nahas Elmina: Tujuh waris nahas pesawat layak terima pampasan Perkeso
Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).