KAJANG: "Pakcik tahu ke Naim kemalangan?", satu pertanyaan yang menyentap emosi seorang bapa yang dilanda resah selepas berita nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam tersebar menerusi media.
Mohamed Muaidi Idris, 71, berkata panggilan daripada saudaranya di Terengganu itu secara tidak langsung telah mengesahkan khabar angin yang didengarinya mengatakan anaknya Mohd Naim Fawwaz antara mangsa dalam nahas berkenaan.
"Saudara saya ini duduk di Kuala Terengganu. Dia dapat berita itu daripada anaknya, seorang juruterbang yang berada di Korea Selatan.
"Dia telefon tanya...dah tahu ke cerita Naim kemalangan. Bila dia tanya macam tu, saya dah rasa lain sebab Naim juga seorang juruterbang," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengebumian Mohd Naim Fawwaz di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini hari ini.
Pesara kerajaan yang menetap di Taman Maju Rapat, Ipoh, Perak itu berkata berikutan soalan yang menjentik naluri kebapaannya, dia bergegas ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh bagi mendapatkan maklumat lanjut kira-kira 3 petang sebelum diminta ke Balai Polis Kampung Rapat untuk sebarang pertanyaan berkaitan insiden itu.
"Pihak polis cuba membantu dengan menghubungi Lapangan Terbang Subang tetapi mereka juga tidak dapat mengesahkan status Mohd Naim," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina: Semua 10 jenazah selesai dituntut ahli keluarga
Beikutan itu, dengan ditemani anak perempuannya, mereka bertolak ke Subang selepas maghrib dan sejurus tiba di lokasi kejadian mereka diminta untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.
Mohamed Muaidi berkata di IPD Klang, dia diberikan maklumat lengkap berhubung nahas itu sebelum diminta ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pengecaman mayat.
"Selepas beberapa proses akhirnya barulah berita kematian anak bongsu daripada tiga beradik ini disahkan," katanya yang menahan sebak.
Menurut Mohamed Muaidi, kali terakhir dia berjumpa dengan Mohd Naim ialah pada Aidiladha ketika anaknya pulang berhari raya dan selepas itu hanya berhubung melalui telefon berikutan tugasan anaknya yang agak sibuk.
"Naim seorang anak yang komited dalam bekerja tetapi rajin balik berjumpa kami dan satu yang dia tidak akan lupa buat adalah bawa kami makan di luar...itu rutin wajib setiap kali dia balik Ipoh," katanya.
Terdahulu, suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan ketika van yang membawa jenazah pembantu juruterbang Mohd Naim Fawwaz tiba kira-kira 1.20 petang dan hujan lebat tidak menghalang ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja untuk terus menunggu bagi memberikan penghormatan terakhir.
Dalam nahas kira-kira 2.50 petang Khami lepas, 10 lelaki termasuk Mohd Naim Fawwaz, 35, disahkan maut selepas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 terhempas dua minit sebelum mendarat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
![Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga Nahas Elmina: Panggilan saudara dari Terengganu rungkai kerisauan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692526962_bapamangsa.jpg)
Mohamed Muaidi Idris, bapa kepada Mohamad Naim Fawwaz ketika ditemu bual wartawan pada urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang hari ini. - Foto BERNAMA
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718442112_tbpesawatjetperiba.jpg)
Pesawat peribadi ghaib selama 53 tahun ditemui di dasar tasik
Serpihan sebuah pesawat jet peribadi yang hilang selama lebih 53 tahun selepas membawa lima lelaki berjaya ditemui di dasar Tasik Champlain.
![Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717663059_tbSuptMohdHasniMo.jpg)
Abdullah syukur juruterbang, pelatih pesawat yang dibantunya dalam keadaan sihat
Abdullah memberikan bantuan kepada jurulatih penerbangan dan pelatih sebuah pesawat ringan yang terhempas di Ladang Besout 2 Tambahan, bulan lepas.
![Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera terhempas Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717498862_turkiyeflag.jpg)
Dua juruterbang maut pesawat latihan tentera terhempas
Dua juruterbang terbunuh selepas sebuah pesawat latihan terhempas di tengah Turki, kata Kementerian Pertahanan Negara pada Selasa, lapor Agensi Anadolu (AA).
![2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan 2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716961498_plane.jpg)
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
![Pesawat tentera AS terhempas Pesawat tentera AS terhempas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716949720_tbUSmilitaryplane.jpg)
Pesawat tentera AS terhempas
Pihak berkuasa mengesahkan juruterbang merupakan satu-satunya penumpang pesawat tersebut.
![Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714903748_pesawat.jpg)
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
![Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714809304_YusriHassan.jpg)
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
![CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714805434_pesawat.jpg)
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
![Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714800615_pesawat.jpg)
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
![Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713934634_AlaskaPlaneCrash.jpg)
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.