Keluarga mendiang Wong Kok Chan tidak menyangka tindakannya ke Johor Bahru mendapatkan bas untuk pulang ke Seremban, mengakibatkan beliau menjadi antara 14 mangsa yang maut dalam nahas bas ekspres di Pagoh, semalam.
Abang mangsa, Wong Kok Huen, 40, berkata adiknya yang berusia 32 tahun bekerja sebagai tukang masak di Singapura biasanya menaiki bas dari republik itu pada pukul 9 malam.
"Namun beliau terpaksa mengambil bas di Larkin kerana tiket bas telah habis kerana musim perayaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Pakar Sultanan Fatimah (HPSF) hari ini.
Kok Huen berkata dia ada menghubungi adiknya malam kemarin (Jumaat) untuk menjemputnya di stesen bas Seremban, namun diberitahu akan menaiki teksi sebelum akhirnya bertindak ke Johor Bahru untuk menaiki bas.
Beliau juga berkata berita kematian adiknya hanya diketahui apabila menerima panggilan dari hospital pada pukul 3 petang semalam.
Difahamkan identiti mendiang adalah antara yang terakhir dikenal pasti daripada semua mangsa yang terkorban dalam nahas di KM 137.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat Pagoh.
Rakan mangsa, Lee Kim Tong berkata sebelum mendapat panggilan dari hospital, keluarga mendiang dan rakan-rakannya mencari maklumat mengenai kemalangan itu menerusi carian dalam talian namun gagal.
"Mulanya kami lega apabila mendapat berita tiada mangsa berbangsa Cina. Bagaimanapun, kerana rasa tidak sedap hati apabila gagal menghubungi mangsa, saya dan ahli keluarga meninggalkan nama dan nombor telefon kepada pihak berkuasa," katanya.
Kim Tong berkata mendiang meninggalkan seorang balu dan dua anak, masing-masing satu perempuan dan lelaki, berumur tiga dan satu tahun.
"Isteri mangsa dan anaknya kini bercuti di Hui-pei, China dan akan pulang ke tanah air petang ini setelah dimaklumkan kematiannya," katanya.
Menurut Kim Tong, mendiang adalah seorang yang pendiam dan tidak ramai kenalan tetapi lebih gemar bersosial menerusi alam maya.
"Namun mendiang seorang yang baik dan suka membantu kawan-kawan," katanya.
Beliau berkata mayat mendiang telah dituntut di hospital itu dan akan ditempatkan di Tokong Heam Lam Toh Tag, Jalan Tun Dr Ismail, Seremban hari ini, bagi membolehkan keluarga dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir. -- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016

Jasad mendiang Wong Kok Chan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultanah Fatimah untuk dibawa pulang ke Temiang, Seremban, Ahad. -Bernama
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.
Pelajar patah tulang hidung ditumbuk akibat salah faham
Gara-gara pertelingkahan ketika memasuki persimpangan jalan, seorang pelajar tingkatan lima cedera ditumbuk sehingga retak tulang hidung oleh seorang lelaki tidak dikenali.
SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad.
Tumpuan Sabtu – 15 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (14 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu dipercayai terlelap punca bas ekspres terbabas, terbalik - Polis
Polis tahan pemandu bas ekspress dipercayai terlelap

Nahas bas: Tukang masak jadi mangsa selepas tukar rancangan
Abang mangsa, Wong Kok Huen, 40, berkata adiknya yang berusia 32 tahun bekerja sebagai tukang masak di Singapura biasanya menaiki bas dari republik itu pada pukul 9 malam.

Pemandu bas ekspres terbabit kemalangan di Pagoh tiada rekod kesalahan - JPJ
Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam, tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod JPJ.

Jenazah pemandu bas, anak perempuan selamat dikebumikan
Jenazah Zakeer Zubir, 32, dan bayi perempuannya, Nur Natasha Zahara, 1, yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Pagoh, Johor semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Hashim Yahaya.

Lesen pengendali bas ekspres terbabit nahas digantung serta merta - SPAD
Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn Bhd, pengendali bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan pagi tadi, digantung serta-merta.

Pengusaha syarikat bas sedia tanggung kos pengurusan mangsa
Pengusaha syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera pagi tadi, bersedia menanggung kos pengurusan mangsa yang maut dan cedera.

"Saya rasa nak pergi jauh." Ayat terakhir tunang sebelum nahas
"Saya rasa nak pergi jauh."adalah antara ayat-ayat terakhir Nur Amira Izzaty Razip, mangsa nahas bas ekspres di Pagoh yang maut, kepada tunangnya sebelum bas itu kemalangan awal pagi tadi.

Senarai mangsa yang maut dalam nahas bas ekspres di Pagoh
Berikut merupakan senarai 14 mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, berhampiran kawasan rehat dan rawat Pagoh, dekat sini, awal pagi tadi.

Senarai mangsa cedera dalam kemalangan bas ekspres di Pagoh
Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas ekspres di Km137.3, Lebuh Raya PLUS, arah utara, berhampiran kawasan rehat dan rawat Pagoh, hari ini.

Tunang maut dalam nahas, coklat dan bunga hadiah terakhir
Hasrat seorang pekerja kilang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan depan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres awal pagi tadi.