KUALA LUMPUR: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat negeri dan daerah di Sarawak dan Sabah diarahkan bersiap siaga termasuk mengaktifkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan arahan itu berikutan ramalan luruan monsun dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan.
Menurut agensi itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga perlu memastikan ketersediaan stok bekalan pangkalan hadapan di Sabah dan Sarawak bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir.
"Sebagai sebahagian daripada kesiapsiagaan juga, PKOB Sarawak perlu menyelaras penyampaian makluman kepada penduduk di kawasan yang berisiko berlaku banjir agar mereka siap siaga jika berlakunya bencana," demikian menurut Nadma menerusi kenyataan, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Paras sungai bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Terdahulu, ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 6 hingga 12 Jan yang dikeluarkan MetMalaysia hari ini menyatakan kawasan penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak mulai Ahad (9 Jan).
Jabatan itu menjelaskan keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan seterusnya mengakibatkan banjir terutama di bahagian tengah dan barat Sarawak, selain pada masa sama ribut petir masih boleh berlaku di seluruh negara pada pagi dan petang hingga malam.
Setakat tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun, manakala di Terengganu banjir pulih sepenuhnya dengan penutupan kesemua PPS di negeri itu.
Dalam pada itu, sehingga kini operasi banjir di seluruh negara melibatkan seramai 17,901 anggota agensi responder dan menggunakan 2,917 gabungan aset daripada pelbagai agensi.
Menurut Nadma, berdasarkan laporan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) setakat 10 pagi tadi, sebanyak 50 lokasi jalan di negeri yang masih terjejas akibat bencana, sedang menjalani proses pembersihan.
"Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) pula melaporkan terdapat lima lagi kejadian tanah runtuh, iaitu tiga di Sabah sementara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing satu yang menjadikan jumlah kumulatif kejadian tanah runtuh berlaku di seluruh negara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut kini sebanyak 250 kes," katanya.
Bagi status operasi pembersihan pascabanjir oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sehingga semalam, 90 peratus kawasan di Selangor yang terjejas banjir telah dibersihkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Sebahagian rumah penduduk di Pangkalan Bukit Garam, Kinabatangan, Sabah dinaiki air selepas paras air Sungai Kinabatangan meningkat hari ini. - Gambar/ Bernama
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.