TUMPAT: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengalu-alukan pembabitan badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memperkukuh pengurusan bencana di peringkat akar umbi selaras usaha dilakukan kerajaan.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Pasca Bencana NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus berkata ini kerana kesiapsiagaan merupakan satu daripada isu utama yang perlu diberi keutamaan dalam pengurusan bencana.
Beliau berkata semua pihak termasuk kerajaan negeri, sektor korporat dan NGO dapat meneruskan usaha tersebut bagi memperkasakan komuniti supaya lebih bersedia dalam pengurusan bencana.
"Kita berharap agar apa yang dilakukan oleh pihak korporat seperti Petronas dan Persatuan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADIM) yang mengadakan sesi latih amal dan beberapa siri latihan seperti di kepulauan Tumpat kali ini dapat memberi impak.
"Usaha seumpama ini diharap dapat diteruskan di seluruh negara sepertimana usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti anjuran Petronas dan NADIM di Pulau Teluk Renjuna di sini pada Ahad.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan Bencana Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Nik Mohamed Noor Nik Ishak.
Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti merupakan program perintis berimpak tinggi yang dirangka Petronas dan NADIM bertindak sebagai rakan pelaksana.
Sementara itu, Pengurus Kanan Petronas Pantai Timur Yusri Anuar Ahmad berkata Yayasan Petronas melalui Program Sentuhan Kasih: Disaster Relief menganjurkan latihan persediaan sebelum bencana iaitu melibatkan aspek pengurusan risiko menghadapi banjir secara lebih sistematik.
Beliau berkata seiring dengan perubahan iklim global dan kesan yang timbul, aspek pengurangan risiko akibat bencana adalah penting kepada sesebuah komuniti yang terkesan.
Justeru, katanya Petronas mengambil langkah ke hadapan menyediakan latihan sebagai persediaan awal dalam memperkukuh kesiapsiagaan pihak yang terlibat.
"Kami berharap program ini mampu meningkatkan kemahiran di dalam menguruskan risiko bencana secara lebih sistematik dalam kalangan masyarakat setempat.
"Matlamat program ini adalah untuk menyediakan sistem tadbir urus risiko bersepadu melalui penggembelengan usaha antara agensi kerajaan, swasta, komuniti dan NGO," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Khairul Shahril (kiri) menyampaikan sijil kepada wakil penduduk Nik Fazilah Mohd Nawi (kanan) pada Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti Anjuran Petronas dan NADIM di Teluk Renjuna, Tumpat, 31 Julai 2022. -- fotoBERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.

Peruntukan tambahan untuk tingkat kompetensi bakal disalur kepada 28 kementerian - KPPA
Peruntukan tambahan berjumlah RM56 juta untuk latihan penjawat awam bagi peningkatan kompetensi dalam tujuh bidang tujahan baharu akan mula disalurkan kepada 28 kementerian dalam masa terdekat.

APMM Terengganu tubuh Skuad Bantuan Banjir
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menubuhkan tiga Skuad Bantuan Banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy
Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur.

Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.

Kerajaan kekal kaedah bantuan terus kepada mangsa banjir - Ahmad Zahid
Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat.

TPM Ahmad Zahid arah gerak kerja bina jambatan Bailey disegerakan
Ahmad Zahid berkata NADMA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di kawasan terjejas.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Banjir: Lebih 100,000 berlindung di PPS, Kelantan catat jumlah tertinggi
Bilangan mangsa di lapan negeri terjejas banjir terus meningkat manakala di Perak tidak berubah dan setakat 8 malam ini, jumlah mangsa berlindung di PPS adalah seramai 106,505 orang.

Semua agensi terlibat pengurusan banjir di Melaka dalam mod siap siaga
Semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana di Melaka berada dalam mod bersiap siaga pada musim tengkujuh khususnya sepanjang Disember ini.