SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini bersetuju dan menyokong cadangan sebuah syarikat swasta untuk membina pelabuhan kecil di Port Dickson dekat sini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu belum mempunyai kelulusan sepenuhnya dan meminta Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan untuk membuat kajian menyeluruh mengenainya.
"Ini baru peringkat cadangan, kerajaan negeri sokong. Tadi, Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) juga sudah bersetuju, jadi kita tunggu syarikat kerana ia melibatkan syarikat besar dan kita tak mahu ganggu operasi mereka, ia membabitkan penswastaan sepenuhnya," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke (PH-Chennah) ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang memaklumkan syarikat itu menyuarakan cadangan membina pelabuhan kecil di Port Dickson secara swasta.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata sekiranya projek itu berjaya direalisasikan ia akan memberi nilai tambah kepada kerajaan negeri, sekali gus dapat menarik minat syarikat pelaburan atau industri untuk membina fasiliti lain termasuk kilang di kawasan tersebut.
Beliau berkata apabila kerajaan negeri sudah memberi persetujuan, maka kementerian akan membantu dan pastinya projek berkenaan tertakluk kepada kajian teknikal dan fizikal termasuk kajian alam sekitar.
"Apa yang ingin dilaksanakan ini merupakan pelabuhan kecil kerana dari segi kapasiti tidak boleh bersaing dengan Pelabuhan Klang...apa dicadangkan ialah bersifat pelabuhan pintar. Selain itu, dengan adanya pelabuhan ini, ia membantu dari segi ekonomi," katanya
Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) ketika mencelah perkara itu turut bersetuju dan berkata pelabuhan berkenaan perlu mempunyai niche berlainan dan tidak perlu bersaing dengan pelabuhan yang ada di negara ini.
"Ia jangan seperti pelabuhan biasa tapi beri kemudahan kepada kapal yang telah memunggah barang contohnya di Pelabuhan Klang atau Singapura...Jadikan ia feeder port dan port on call untuk kapal tentera besar kerana jika mereka berlabuh 1,000 hingga 2,000 anggota turut boleh tinggal di situ untuk beberapa tempoh," katanya.
Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata ia sekali gus memberi peluang perniagaan terutama kepada pengusaha penginapan sekitar dan penjaja kecil.
Sementara itu, dalam sesi perbahasan sama bagi merancakkan ekonomi di Port Dickson, Choo Ken Hwa (PH-Lukut) mencadangkan diwujudkan sebuah Pusat Konvensyen Negeri Sembilan di daerah itu yang berpotensi menarik pelabur antarabangsa bagi mengadakan program atau pameran.
"Usaha ini dapat menarik pempamer membawa masuk pelbagai sektor usahawan antarabangsa di negeri ini. Jarak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Port Dickson hanya 45 minit, peluang ini juga boleh menarik pelancong ke negeri ini," katanya.
Ketua Pembangkang Ridzuan Ahmad (PN-Gemas) pula menyentuh soal bekalan beras tempatan yang membelenggu rakyat berpendapatan rendah dan memerlukan tindakan lebih proaktif serta tepat oleh kerajaan negeri.
Katanya hal berkaitan keperluan asas adalah isu kemanusiaan yang perlu ditangani segera oleh pihak kerajaan negeri, walaupun di peringkat nasional telah mengenal pasti intervensi bagi penyelesaian permasalahan tersebut.
"Mohon kerajaan negeri juga berbincang dengan semua pengilang dan pemborong di negeri ini mendengar permasalahan mereka, difahamkan tiada keuntungan atau keuntungan kecil menjadi isu dan mereka hanya mendapat kurang RM1 untuk setiap 10 kilogram beras. Kita cuba bantu dari sudut lain, yang penting bekalan sentiasa ada," katanya.
Ridzuan berkata langkah diambil seperti membeli beras di outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan usahawan terpilih atau inisiatif Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin banyak membantu rakyat, namun kurang sesuai terutamanya penduduk di Gemas.
Persidangan DUN bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Aminuddin berkata perkara itu belum mempunyai kelulusan sepenuhnya dan meminta Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan untuk membuat kajian menyeluruh mengenainya. - Gambar fail/Bernama

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

N. Sembilan sokong cadangan bina pelabuhan kecil di Port Dickson - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju dan menyokong cadangan sebuah syarikat swasta untuk membina pelabuhan kecil di Port Dickson.