SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan merancang menubuhkan Pusat Kawalan Bencana Negeri atau Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM) yang akan beroperasi sebagai pusat sehenti.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pusat kawalan itu berperanan mengkoordinasikan dan mengurus bencana di seluruh negeri dengan lebih sistematik.
"Pada masa ini kerajaan negeri telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membabitkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri.
"Selain itu, kita juga bercadang membuat perolehan bot bagi kegunaan agensi berkaitan termasuk operasi menyelamat sebelum dan semasa berlakunya bencana terutama banjir besar seperti yang berlaku baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14 di sini hari ini.
Selain itu, Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat berkata Unit Penyelarasan dan Pemantauan Institusi Akar Umbi juga bekerjasama dengan APM dalam meningkatkan kefahaman komuniti sekali gus sebagai tindak balas awal apabila menghadapi bencana di tempat mereka yang dikenali sebagai Pasukan Tindakan Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) Komuniti.
Beliau berkata setakat ini terdapat empat CDERT Keluarga Malaysia yang aktif di Negeri Sembilan iaitu CDERT DUN Sikamat, Parlimen Rasah, Tampin dan Jempol.
Sementara itu, Aminuddin berkata kerajaan negeri tidak dapat mengutip hasil penuh dan membentangkan belanjawan defisit selama dua tahun susulan berlakunya kemerosotan kutipan hasil negeri pada tahun lepas antara lain disebabkan COVID-19.
"Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, hampir semua ekonomi terhenti sehingga menjejaskan kutipan hasil negeri. Antara aktiviti utama yang tidak dapat beroperasi adalah perlombongan, kuari serta pembinaan," katanya.
Beliau dalam pada itu meminta pengurusan masjid dan surau di negeri ini tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik demi menjaga kemaslahatan selain tidak mahu terdapat amalan 'mandi dua kolam' sehingga boleh menyebabkan berlakunya perpecahan.
Dalam perkembangan lain, persidangan DUN juga bersetuju melantik semula Senator Datuk A.Kesavadas sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Sembilan selama tempoh tiga tahun.
Persidangan DUN ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 21 2022

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pusat kawalan itu berperanan mengkoordinasikan dan mengurus bencana di seluruh negeri dengan lebih sistematik. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Pekerja, peniaga warga asing dilarang berniaga di bazar Ramadan di N.Sembilan
PBT akan menyita dan menyenarai hitam peniaga tempatan yang didapati menyewakan tapak bazar mereka kepada warga asing, termasuk mereka yang mengambil pekerja asing.

Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalamualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.

Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.

Hampir 2,000 meriahkan Assalamualaikum RaRa 2025 di Negeri Sembilan
Program Assalamualaikum RaRa 2025 bertemakan 'Meriah Lain Macam' menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan masjid.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.