Badan pemantau jenayah, MyWatch, mahu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengambil alih siasatan kes tembak pengerusi badan itu R.Sri Sanjeevan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.
Bagi tujuan itu satu laporan polis dibuat di sini pagi ini.
Bapa Sri Sanjeevan, P.Ramakrishnan, 62, hadir bersama Penasihat MyWatch, S. Gobi Krishnan di Balai Polis Travers, Bangsar pada pukul 11.55 pagi ini membuat laporan itu.
Gobi Krishnan berkata Sri Sanjeevan pernah membuat beberapa laporan polis terhadap anggota dan pegawai polis di Negeri Sembilan dan berkemungkinan berlaku konflik kepentingan jika polis Seremban menjalankan siasatan itu.
Oleh itu siasatan kes perlu dikendalikan pegawai di Bukit Aman, dan diselesaikan secepat mungkin, katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara berkenaan dan perkembangan siasatan kes.
Beliau berkata Sri Sanjeevan masih tidak sedarkan diri dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang pada 27 Julai lepas.
Beliau kini dirawat di Hospital Serdang di sini selepas dipindahkan dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
Bernama
Tue Aug 13 2013

Sri Sanjeevan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KPN janji siasatan menyeluruh termasuk penglibatan polis
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji PDRM akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes tembakan melibatkan Pengerusi MyWatch.