IPOH: Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga emas Switzerland merempuh sebuah stesen minyak di Taman Canning, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 77 tahun itu dikatakan mengalami kekejangan kaki kanan ketika berhenti untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Caltex stesen berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak.
“Tiba-tiba dia diserang kekejangan kaki kanan dan tidak dapat mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kereta terbabas ke hadapan melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR lalu merempuh dinding kaca di situ,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, ekoran rempuhan itu, seorang wanita tempatan mengalami kecederaan di kaki kanannya.
Bagaimanapun, katanya, pemandu Myvi itu dan penunggang motosikal berumur 29 tahun serta pemilik stesen minyak yang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.
Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 09 2024
Rempuhan itu turut menyebabkan sebuah motosikal mengalami kerosakan. - Gambar/ Ihsan pembaca
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Sekolah dibuka semula kecuali tujuh sekolah masih ditutup
Hampir semua sekolah awam di kawasan Los Angeles akan dibuka semula pada Isnin, walaupun anggota bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran besar yang telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,000 struktur.
Penduduk Gaza terus menderita
Penduduk Palestin di bandar Gaza tidak lagi tahu di mana tempat selamat untuk berlindung sekali gus meneruskan kehidupan.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Ini kerana Sekolah Salah Al-Din tempat perlindungan mereka turut menjadi sasaran rejim zionis dalam serangan awal pagi Isnin.
Indonesia perhebat kesiapsiagaan bencana letusan
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia telah mempergiatkan usaha kesiapsiagaan kecemasan, memfokuskan kepada aktiviti gunung berapi di Gunung Ibu, Gunung Lewotobi Laki-Laki dan Gunung Merapi ketika letusan terus menimbulkan risiko kepada masyarakat setempat.
Kyushu Jepun bergegar, amaran Tsunami dikeluarkan
Amaran tsunami dengan ketinggian maksimum 1 meter telah dikeluarkan untuk wilayah selatan Miyazaki dan Kochi.
Myvi dipandu lelaki Switzerland rempuh stesen minyak di Ipoh
Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga emas Switzerland merempuh sebuah stesen minyak di Taman Canning, pada Selasa.