KUALA LUMPUR: Aplikasi MySejahtera mampu diperluaskan penggunaannya kepada sektor e-dagang, pendidikan, perkhidmatan penghantaran, selain berfungsi sebagai pusat sehenti atau 'Super App', kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata jika penggunaannya diperluaskan, aplikasi yang kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia itu akan dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform.
"Dengan ini, kami di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meneruskan usaha membangunkan bukan sahaja infrastruktur telekomunikasi tetapi juga melipatgandakan penggunaan teknologi digital bagi merealisasikan aspirasi MyDigital untuk manfaat semua lapisan masyarakat ke arah Revolusi Industri 4.0 dan kemakmuran bersama," katanya dalam kenyataan bersempena Hari Kesihatan Sedunia hari ini.
Beliau berkata MySejahtera telah membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam menguruskan maklumat jangkitan, pengawasan penularan wabak serta pendaftaran suntikan vaksin secara waktu sebenar dan terkini.
"Penularan wabak COVID-19 mendorong keperluan untuk mengadaptasi kaedah digital dalam perkhidmatan kesihatan, yang mana antara inisiatif penting dan berkesan ialah dengan mewujudkan aplikasi MySejahtera," katanya.
Mengenai Hari Kesihatan Sedunia, Saifuddin berkata hari tersebut yang disambut pada 7 April setiap tahun sejak 1948 bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan sejagat.
Beliau berkata tema sambutan tahun ini iaitu 'Membina Dunia yang Lebih Adil dan Sihat' bertujuan untuk menyeru supaya perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kelas ekonomi, lokasi dan sebagainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021
Aplikasi yang kini digunakan oleh hampir 25 juta rakyat Malaysia itu akan dapat menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu platform. - Gambar fail/ Bernama
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini
Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.
PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.
Janji temu rawatan pergigian melalui MySejahtera - KKM
KKM akan memperkenalkan fungsi peringatan secara automatik melalui aplikasi MySejahtera yang mana, orang awam akan diberi notifikasi untuk hadir pada masa dan tarikh yang telah ditempah.
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Pembelian MySejahtera antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) kepada Menteri Kesihatan.
Pemantauan pesakit tidak bergejala guna MySejahtera sepenuhnya mula tahun ini
Pelaporan dan pemantauan pesakit COVID-19 yang tidak bergejala akan menggunakan platform MySejahtera secara keseluruhan bermula tahun ini.