KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menggondol Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2023 bagi kategori penggunaan serta penyelesaian teknologi geospatial angkasa dalam bidang keselamatan makanan dan pertanian semalam.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan anugerah itu diberikan sempena persidangan Forum Geospatial Dunia 2023 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Mei 2023 di Pusat Konvensyen dan Hotel Postillion, Pusat Dagangan Dunia Rotterdam, Belanda.
Kemenangan itu diraih melalui inovasi yang diperkenal Malaysia dengan memanfaatkan teknologi geospatial angkasa penderiaan jauh dalam membangun serta mengoperasikan Sistem Maklumat Geospatial Padi (MakGeoPadi).
Menurut MOSTI, sistem yang telah memanfaatkan 192,663 pesawah itu telah dioperasikan secara berterusan sehingga kini dan mampu membantu pihak berkuasa berkaitan mengurus dan memantau tanaman di 12 jelapang padi negara secara lebih cekap serta berkesan menggunakan kelebihan teknologi geospatial angkasa penderiaan jauh.
"Penyertaan inisiatif MYSA ini telah berjaya meyakinkan pihak juri untuk dipilih sebagai pemenang berbanding lebih 140 penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur dari seluruh dunia.
"Sistem MakGeoPadi yang dipilih memenangi anugerah ini telah dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan Jabatan Pertanian Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia pada tahun 2010," katanya.
Menurut kenyataan itu, anugerah sama pernah diberikan kepada Pertubuhan Makanan dan Pertanian yang berada di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2022.
"Kemenangan ini membuktikan bahawa Malaysia juga memiliki kemampuan setanding negara maju dalam mencipta inovasi baharu melalui teknologi geospatial angkasa bagi tujuan penyelesaian masalah serta pengurusan kehidupan rakyat dan pembangunan negara.
"Pengiktirafan ini juga menunjukkan usaha Malaysia melalui MOSTI dan MYSA dalam memperkasa bidang sains dan teknologi angkasa sentiasa relevan serta seiring dengan matlamat pelaksanaan DasarAngkasa Negara 2030 khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur dan aplikasi angkasa yang memberikan impak positif kepada keselamatan, ekonomi dan sosial negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023

Penyertaan inisiatif MYSA ini berjaya meyakinkan pihak juri untuk dipilih sebagai pemenang berbanding lebih 140 penyertaan yang diterima.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

24,000 pelajar sertai program Jurutera Angkasa Muda, pupuk minat stem dalam generasi pelapis
MOSTI memperkasakan minat pelajar dalam bidang STEM menerusi program Jurutera Angkasa Muda yang menyaksikan penyertaan seramai 24,000 murid dari daerah Kuala Langat.

100 meteor sejam melintasi langit Malaysia malam ini
Para peminat sains astronomi tempatan berpeluang menyaksikan sendiri fenomena angkasa unik dikenali sebagai hujan meteor Perseids malam ini.

Jutaan manusia kagum dengan fenomena gerhana matahari penuh
Fenomena gerhana matahari penuh tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana laluan bayang-bayang umbra dan penumbra bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.

Gerhana matahari hibrid? Ini 10 perkara yang anda perlu tahu
Berikut adalah 10 fakta menarik tentang gerhana matahari yang perlu anda ketahui menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Fenomena Super Full Moon dapat dilihat sekitar jam 7.09 malam tadi - MYSA
Fenomena Super Full Moon boleh dilihat sebaik sahaja bulan terbit sekitar jam 7.09 malam tadi, kata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Gerhana: Fenomena 'bulan berdarah' bermula petang ini
Gerhana bulan penuh atau dipanggil Super Flower Blood Moon akan menyebabkan Bulan kelihatan berwarna kemerahan selama kira-kira 14 minit.