PUTRAJAYA: Empat syarikat gergasi teknologi Google, Microsoft, Facebook dan Amazon menyatakan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dan nasihat dalam menjayakan pelaksanaan MyDIGITAL di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, antara perkara yang dibincangkan dalam sesi libat urus adalah membabitkan kesalinghubungan internet, ekosistem pertumbuhan dan perkembangan teknologi tempatan, pengurusan data dan memperbaiki komunikasi dengan orang kurang upaya (OKU).
Dalam memperbaiki komunikasi dengan OKU, beliau mencadangkan syarikat televisyen swasta menggunakan khidmat jurubahasa isyarat terutamanya bagi penyampaian berita.
"Radio Televisyen Malaysia sudah ada jurubahasa isyarat dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baru sahaja mula.
"Jadi saya ingin menyeru syarikat-syarikat televisyen swasta mengikuti jejak sama, sekurang-kurangnya untuk program berita," katanya dalam sidang media selepas sesi urus libat dengan empat syarikat gergasi di pejabatnya di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, keperluan jurubahasa isyarat adalah sebagai memperbaiki aspek komunikasi dengan golongan tersebut yang dilihat terkesan akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya, kementerian beliau menerima pelbagai rungutan bantuan kebajian yang tidak sampai kepada mereka termasuk mengenai pendaftaran dan maklumat mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Oleh kerana zaman dunia digital, kita juga mesti memperbaiki komunikasi kerajaan dalam media sosial dengan golongan OKU," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kebimbangan apabila bakat tempatan yang berhijrah ke tempat lain untuk mendapat sokongan disebabkan ekosistem negara yang tidak begitu membantu.
"Kita tak nak peristiwa lalu berulang contohnya bakat di Malaysia mencipta pendrive (pemacu pena) tapi masa itu ekosistem tidak membantu penciptanya.
"Begitu juga dengan Grab, penciptanya rakyat Malaysia tetapi kerana ekosistem tidak membantu maka dia pergi ke negara lain," kata Saifuddin lagi.
Astro Awani
Fri Apr 23 2021
![MyDIGITAL: Google, Microsoft, Facebook, Amazon sedia kongsi pengalaman dengan Malaysia MyDIGITAL: Google, Microsoft, Facebook, Amazon sedia kongsi pengalaman dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618497916_DatukSaifuddinAbdu.jpg)
Saifuddin Abdullah turut mencadangkan syarikat-syarikat televisyen swasta menggunakan khidmat jurubahasa isyarat terutamanya bagi penyampaian berita. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT - Annuar K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660536670_TanSriAnnuarMusa.jpg)
K-KOMM tumpu tiga aspek utama jadikan Malaysia hab ICT - Annuar
K-KOMM memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
![#SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital #SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618212031_Muhyiddin.jpg)
#SayaDigital bakal percepatkan pertumbuhan masyarakat celik digital
Program #SayaDigital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menjadi kesinambungan daripada inisiatif MyDigital bagi mempercepat pertumbuhan masyarakat celik digital di negara ini.
![Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613724397_TBDigitalEconomy.jpg)
Kerajaan digesa lihat adaptasi teknologi blockchain
Kerajaan atau pihak regulator digesa untuk melihat semula mengenai pengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain ke dalam syarikat.
![MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613356000_muhyiddinyassin.jpg)
MyDIGITAL mampu perkasa kehidupan rakyat Malaysia - PM Muhyiddin
MyDigital merangkumi idea dan pelan untuk meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat negara ini.
![PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610367412_MUHYIDDINYASSIN.jpg)
PM dijadual lancarkan 'MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia' hari ini
'MyDigital' dirangka sebagai landasan jadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030.M